Sunday 20 December 2015

BIZCAMP 2016


Tolong SAYA boleh


Nak mintak tolong hebahkan atau bantu saya cari mereka yang berminat join program usahawan muda.

Program ini untuk remaja lepasan SPM, STPM, lepasan diploma atau lepasan ijazah yang masih belum bekerja.

Program ini PERCUMA selama 10 hari dari 15 January hingga 24 January 2016. Hanya bayar bayaran penginapan dan makan juga alatan semasa program. Makan 6 kali sehari. Bayarannya adalah RM790 termasuk baju dan peralatan sepanjang program. Saya mencari 40 orang.

Program ini bermula jumaat dan tamat pada Ahad minggu hadapannya. Bukan apa, program ini telah diatur secara teliti dan tersusun. Bertujuan untuk memupuk semangat berniaga dan seni berniaga anak melayu. Kalau lebih ramai lebih baik yang hadir peluang ke emasan ini. Rugilah tidak penuh kehadiran nya.

Mereka didedahkan teori dan prektikal bisnes semasa muda lagi. Moganya pengalaman ini boleh membawa mereka menjadi usahawan muslim yang hebat satu hari nanti.

Belajar berniaga perlu dari remaja. Saya ajarkan juga ilmu online moga dapat mereka mencari duit saku mass di universiti esok. Kalau dapat RM20 sehari pun boleh juga buat duit makan dan tak perlu berharap dengan ibu dan ayah yang sememangnya terbeban dengan ekonomi kini.

Tolong saya hebahkan cerita ini. Boleh PM inbox saya beri nama dan number phone. Boleh staf saya call dan terangkan detial program. Nak tulis kat sini panjang lebar sangat. Boleh juga whatsapp kat 013-7999415 atau call ke 06- 987 2757 waktu pejabat.

PROGRAM USAHAWAN MUDA PERCUMA

================================

Nasihat ::

" Anak muda perlu lambatkan kegembiraan untuk mencapai kejayaan masa depan yang lebih gemilang ".

IANYA BENAR.

Anda ada anak atau anak saudara atau jiran atau anak menakan yang baru lepas SPM & STPM , lepasan diploma atau lepasan degree?.

Anda nak mereka belajar bisnes dari hanya merapu kat rumah dan kerja tak tentu hal.

Mereka boleh belajar berniaga secara terus dengan coach bahar selama dua minggu.

Silibus keusahawanan untuk jati diri remaja. biar mereka tahu bagaimana berniaga dan jana duit. Biar esok masuk universiti dah boleh berniaga sendiri dan buat duit sendiri.

Program ini adalah program ehsan dari coach bahar. Ianya PERCUMA selama dua minggu. Ada sedikit bayaran untuk makan dan penginapan ( makan 6 kali sehari dan penginapan :: RM690 + RM100 untuk kelengkapan seminar) . Anak anda masih berpeluang untuk join, saya mencari 20 orang untuk join.

Disekolah kurang sangat ditekankan tentang bisnes. Anak-anak lebih ditekankan dengan kecemerlangan akedamik.

Selama dua minggu diajar secara prektikal. Dengan game yang disediakan lebih pengetahuan bisnes dan bijak matematik. Diajar bisnes online. Mudah-mudahan nanti masuk universiti boleh pandai jana duit sendiri.

Apa yang ditekankan

=================

1. Motivasi bisnes.

2. Prektikal menjual

3. Bisnes cash

4. Idea bisnes.

5. Menjadi muslim super

6. Dapat ikut semua bisnes coach bahar.


Tarikh :: 15 January - 24 January 2016. ( Jumaat daftar jam 10 pagi )

LOKASI :: D'impian Resort & Training Centre , Muar.


Daftar

=====

Daftar nya mudah sangat . Berikan nama penuh peserta dalam ruang komen, PM inbox saya dan number phone yang boleh staf saya hubungi. saya akan update senarai mereka yang join . boleh call pengurus saya 0197778431 juga whatsapp staf saya 013-7999415 atau call 06-9872752 waktu pejabat untuk detial.


TOLONG LIKE DAN SHARE KEPADA RAKAN-RAKAN

"Mereka yang bahagia adalah mereka yang gembira melihat orang lain bahagia "

BERMULA SEAWAL BOLEH BILA CUKUP PENYERTAAN.

Jika minat jangan banyak beri alasan. ianya program yang baik. Kekadang orang kita dah beri percuma pun masih ragu-ragu. moga ceria dan berjaya.

Dah daftar, jangan tak datang ya sebab nanti orang lain tak dapat join pulak..

coach bahar


Program seumpama ini telah saya buat beberapa tahun , anda boleh melihat gambar dan beberapa aktiviti bizcamp yang sebelumnya dalam blog di bawah


http://bizcamp2015.blogspot.my/


Tolong share pada sahabat yang lain.

Monday 19 January 2015

Iklan Bizcamp 2015 ( 6-15 Feb 2015 )



PROGRAM USAHAWAN MUDA PERCUMA

IANYA BENAR.
.
Anda ada anak atau anak saudara atau jiran atau anak menakan yang baru lepas SPM & STPM , lepasan diploma atau lepasan degree?.
.
Anda nak mereka belajar bisnes dari hanya merapu kat rumah dan kerja tak tentu hal.
.
Mereka boleh belajar berniaga secara terus dengan coach bahar selama dua minggu.
.
Silibus keusahawanan untuk jati diri remaja. biar mereka tahu bagaimana berniaga dan jana duit. Biar esok masuk universiti dah boleh berniaga sendiri dan buat duit sendiri.
.
Program ini adalah program ehsan dari coach bahar. Ianya PERCUMA selama dua minggu. Ada sedikit bayaran untuk makan dan penginapan ( makan 6 kali sehari dan penginapan :: RM580 + RM100 untuk kelengkapan seminar) . Anak anda masih berpeluang untuk join, saya mencari 40 orang untuk join.

Disekolah kurang sangat ditekankan tentang bisnes. Anak-anak lebih ditekankan dengan kecemerlangan akedamik.
.
Selama dua minggu diajar secara prektikal. Dengan game yang disediakan lebih pengetahuan bisnes dan bijak matematik. Diajar bisnes online. Mudah-mudahan nanti masuk universiti boleh pandai jana duit sendiri.
.
Apa yang ditekankan
=================
1. Motivasi bisnes.
2. Prektikal menjual
3. Bisnes cash
4. Idea bisnes.
5. Menjadi muslim super
6. Dapat ikut semua bisnes coach bahar.
.
Tarikh :: 6 Febuari - 15 Febuari 2014. ( jumaat daftar jam 10 pagi )
LOKASI :: D'impian Resort & Training Centre , Muar.
.
Daftar
=====
Daftar nya mudah sangat . Berikan nama penuh peserta dalam ruang komen, PM inbox saya dan number phone yang boleh staf saya hubungi. saya akan update senarai mereka yang join . boleh call pengurus saya 0197778431 juga whatsapp staf saya 019-7778430 atau call 06-9872752 waktu pejabat untuk detial.
.
TOLONG LIKE DAN SHARE KEPADA RAKAN-RAKAN
"Mereka yang bahagia adalah mereka yang gembira melihat orang lain bahagia "
.
BERMULA SEAWAL BOLEH BILA CUKUP PENYERTAAN.
Jika minat jangan banyak beri alasan. ianya program yang baik. Kekadang orang kita dah beri percuma pun masih ragu-ragu. moga ceria dan berjaya.
Dah daftar, jangan tak datang ya sebab nanti orang lain tak dapat join pulak..
.
coach bahar
http://dimpiangroups.blogspot.com/
http://coachbahar.blogspot.com/
.
Nak tengok aktiviti bizcamp yang lepas boleh klik ‪#‎bizcamp2015‬.


Tolong lah like dan share pada lain

Belajar Nasi Arab Secara Prktikal sebelum menjual










Hari ke-3 bizcamp

Alhamdulilah sudahpun hari ke3 program bizcamp remaja ni berjalan dengan sempurna.

Pagi ni anak muda ini akan diajar secara prektikal memasak nasi arab yamani. Untung deorang dapat belajar secara percuma yang disampaikan oleh Hafizah Mohamed pengurus d'impian catering.


Kami ajarkan mereka masak dan petang nanti mereka akan menjual di pasar petang parit jawa. Bermula jam 3.

Ajarkan mereka menjual, ajarkan mereka buat duit, ajarkan mereka berdikari.

Bisnes bukan sekadar semangat, bisnes perlu seni. Menjual bukan meminta, berniaga buat anda bahagia.

Moga perjuangan ini diberkati.

Coach bahar.

‪#‎YEP2015‬
‪#‎misijutawanremaja‬
‪#‎MJR2015‬
‪#‎CoachBahar‬

Mandi Parit






Mereka budak bandar..bila budak bandar masuk kampung ni lah kerjanya..hehe peserta bizcamp2015

Asas berniaga adalah menjaja :: Satu pengalaman


















Pengalaman.
==========

Saya pernah menjaja, pengalaman saya menjual adalah masa cuti sekolah tingkatan 4 dulu. Saya bersama kawan saya join satu syarikat jualan langsung. Masa tu saya ke rumah kawan saya di Melaka. Saya bersama kawan saya afiq join mejual pelbagai barangan seperti buku, barangan mainan dan lain-lain.

Pagi-pagi saya diajar menjual. kami diberi motivasi untuk jangan malu untuk menjual. kami dilatih bercakap kuat-kuat mengikut skrip. kami berpasangan untuk berlatih menjual. lepas kami berpasangan, kami disuruh cakap dengan dinding.

Saya mula pusing satu melaka, berpeluh, hamis satu badan tapi dari pagi sampai ke petang dapat satu barang je saya jual. Ingat lagi ..cuma RM2 je komesyen nya.

Esoknya saya pergi lagi dan lagi..jual dan jual. bertambah baik dan baik dari hari ke hari. Hingga seminggu saya ikut mereka. ada suka ada cerita duku. ramai orang tak membeli dari orang membeli. cerita itu habis macam tu sahaja.

disitu lah saya belajar menjual, belajar tebal muka, belajar tak malu. bukan minta sedekah, kat situ juga saya belajar yang duit ni bukan senang dapat. saya mulla tahu sayang duit. walau susah walau payah saya suka pengalaman itu.

saya ingat ianya pengalaman biasa-biasa
.
.
.
.

Rupanya bukan begitu. Saya mula suka menjual. Saya mula menjual dikampung, saya mula tahu kira untung rugi. saya baru tahu cari barang murah dan jual dapat untung. Saya berlatih berulang-ulang kali hingga saya menjadikan perkara ini kebiasaan hingga ke zaman di univerisiti.

Aktiviti peserta bizcamp 2015
======================

Semalam saya bawa mereka kepasar malam. Sebelum itu saya ajarkan begaimana boleh mereka mula menjual. Saya ajarkan skrip menjual laku. mulanya mereka malu-malu hingga mereka seronok dengan pengalaman baru itu. Mereka mula belajar sesuatu dalam hari ke-3 camp ini.

Saya berikan mereka peluang untuk buat sendiri, jana duit sendiri dari modal seratus. Semalam mereka belajar buat duit dengan gandaan.

Mungkin mereka tidak dapat sekarang, mungkin pengalaman ini kecil tetapi ianya sangat bermakna. Sangat bermakna utnuk mereke melangkah menjadi usahawan muda.

Perlekehkan usaha
==============

Bukan tidak ada cabaran, dalam menjual dan menjaja mereka belajar erti kecewa. bila barang yang mereka jual ditolak mentah-mentah. Ramai yang tidak melayan mereka. tapi saya berikan semangat untuk mereka, kena jumpa 10 orang untuk dapat menjual satu barang. Ada yang buat muka sombong, ada yang mencemek dengan usaha yang dibuat.

Menjual dan menjaja adalah skil dan seni "mengambil duit dalam poket orang lain " dengan berhemah. skil ini boleh dilatih, kena buang ego, kena buang sikap negatif, kena kental semangat, kena belajar cara menjual.

Pandangan serong
==============

Bila saya hantar gambar anak-anak menjual dan menjaja, ada juga orang yang komen kat ruang komen mengapa saya mengajar orang melayu menjaja. mengajar yang kecil-kecil. itu sebabnya orang melayu hanya menjual dipasar-pasar malam sahaja tidak berkembang. sebab itu melayu tak boleh jadi teknorat. Sedih juga kadang-kadang bila usaha dipandang serong.

Saya tak tahu latar belakang penghantar masej itu siapa, tak ada masa nak layan dan tak ada masa nak lemah semangat. Adakah dia juga seorang peniaga yang berjaya, atau masih bekerja. Hinakah sangat orang yang berniaga pasar malam?. Ya ..mereka dipandang rendah tetapi mereka mencari rezeki yang halal.

Berniaga bukan jadi pilihan terakhir kita. jika kita nak berjaya dalam bisnes.

Mengapa saya buat
==============

Ini adalah pengalaman yang pertama mereka, mereka harus pandai menjual. Jika nak belajar yang canggih - manggih hingga teori marketing dan bisnes plan boleh sampai belajar PhD di kolej dan universiti. Tapi ramai juga mereka yang hebat di kolej tak berniaga juga. Sebab mereka hanya pandai belajar teori sahaja. Teori pun penting..tapi prektikal pun penting juga.

Yang perli tu biar lah mereka...teruskan usaha yang kecil ini untuk melihat orang melayu berjaya dalam dunia bisnes. Doakan semua nya berjaya dan terus hebat.

siapa yang sokong usaha ini boleh like dan share

‪#‎YEP2015‬
‪#‎misijutawanremaja‬
‪#‎MJR2015‬
‪#‎CoachBahar‬

perbincangan mereka


































Peserta di bawa ke D'impian Country Resort



Bizcamp remaja.


Petang ni saya bawa mereka bersantai ke d'impian country resort. Ke ladang tengok kambing, tangkap ayam, main dengan angsa dan main dengan kambing.


Pengalaman budak bandar.


‪#‎YEP2015‬

‪#‎misijutawanremaja‬

‪#‎MJR2015‬

‪#‎CoachBahar‬