Sunday, 4 January 2015

Hari ke-3 :: menjaja dan menjaja


























Asas berniaga adalah menjaja :: Satu pengalaman


Pengalaman.

Saya pernah menjaja, pengalaman saya menjual adalah masa cuti sekolah tingkatan 4 dulu. Saya bersama kawan saya join satu syarikat jualan langsung. Masa tu saya ke rumah kawan saya di Melaka. Saya bersama kawan saya afiq join mejual pelbagai barangan seperti buku, barangan mainan dan lain-lain.

Pagi-pagi saya diajar menjual. kami diberi motivasi untuk jangan malu untuk menjual. kami dilatih bercakap kuat-kuat mengikut skrip. kami berpasangan untuk berlatih menjual. lepas kami berpasangan, kami disuruh cakap dengan dinding.

Saya mula pusing satu melaka, berpeluh, hamis satu badan tapi dari pagi sampai ke petang dapat satu barang je saya jual. Ingat lagi ..cuma RM2 je komesyen nya.


Esoknya saya pergi lagi dan lagi..jual dan jual. bertambah baik dan baik dari hari ke hari. Hingga seminggu saya ikut mereka. ada suka ada cerita duku. ramai orang tak membeli dari orang membeli. cerita itu habis macam tu sahaja.


disitu lah saya belajar menjual, belajar tebal muka, belajar tak malu. bukan minta sedekah, kat situ juga saya belajar yang duit ni bukan senang dapat. saya mulla tahu sayang duit. walau susah walau payah saya suka pengalaman itu.


saya ingat ianya pengalaman biasa-biasa

.

.

.

.

Rupanya bukan begitu. Saya mula suka menjual. Saya mula menjual dikampung, saya mula tahu kira untung rugi. saya baru tahu cari barang murah dan jual dapat untung. Saya berlatih berulang-ulang kali hingga saya menjadikan perkara ini kebiasaan hingga ke zaman di univerisiti.

Aktiviti peserta bizcamp 2015

======================

Semalam saya bawa mereka kepasar malam. Sebelum itu saya ajarkan begaimana boleh mereka mula menjual. Saya ajarkan skrip menjual laku. mulanya mereka malu-malu hingga mereka seronok dengan pengalaman baru itu. Mereka mula belajar sesuatu dalam hari ke-3 camp ini.

Saya berikan mereka peluang untuk buat sendiri, jana duit sendiri dari modal seratus. Semalam mereka belajar buat duit dengan gandaan.

Mungkin mereka tidak dapat sekarang, mungkin pengalaman ini kecil tetapi ianya sangat bermakna. Sangat bermakna utnuk mereke melangkah menjadi usahawan muda.

Perlekehkan usaha

=============

Bukan tidak ada cabaran, dalam menjual dan menjaja mereka belajar erti kecewa. bila barang yang mereka jual ditolak mentah-mentah. Ramai yang tidak melayan mereka. tapi saya berikan semangat untuk mereka, kena jumpa 10 orang untuk dapat menjual satu barang. Ada yang buat muka sombong, ada yang mencemek dengan usaha yang dibuat.

Menjual dan menjaja adalah skil dan seni "mengambil duit dalam poket orang lain " dengan berhemah. skil ini boleh dilatih, kena buang ego, kena buang sikap negatif, kena kental semangat, kena belajar cara menjual.
Pandangan serong

==============
Bila saya hantar gambar anak-anak menjual dan menjaja, ada juga orang yang komen kat ruang komen mengapa saya mengajar orang melayu menjaja. mengajar yang kecil-kecil. itu sebabnya orang melayu hanya menjual dipasar-pasar malam sahaja tidak berkembang.

Saya tak tahu latar belakang penghantar itu siapa. Adakah dia juga seorang peniaga yang berjaya, atau masih bekerja. Hinakah sangat orang yang berniaga pasar malam?. Ya ..mereka dipandang rendah tetapi mereka mencari rezeki yang halal.

Mengapa saya buat

==============
Ini adalah pengalaman yang pertama mereka, mereka harus pandai menjual. Jika nak belajar yang canggih - manggih hingga teori marketing dan bisnes plan boleh sampai belajar PhD di kolej dan universiti. Tapi ramai juga mereka yang hebat di kolej tak berniaga juga. Sebab mereka hanya pandai belajar teori sahaja. Teori pun penting..tapi prektikal pun penting juga.

Yang perli tu biar lah mereka...teruskan usaha yang kecil ini untuk melihat orang melayu berjaya dalam dunia bisnes. Doakan semua nya berjaya dan terus hebat

No comments:

Post a Comment