BAB 1
Terik matahari
memancar dari langit menambahkan lagi bahang dalam kereta Proton Wira maroon
yang pudar warnanya diliputi habuk. Dua beradik berpeluh menahan rasa api dalam
jiwa kerana sesat di atas jalan yang tidak pasti arah yang harus dituju.
Destinasi D’Impian Resort and Training Centre yang dituju patutnya tiba awal
menjadi lewat.
Sifat si abang yang mementingkan masa amat kebingungan dalam
keadaan yang lesu memandu 4 jam
berterusan dan hanya berhenti sebentar untuk bersarapan di RNR Ayer Keroh.
Bingung dibelit lagi dalam keadaan GPS yang kurang berfungsi; kata orang “Guna
Pun Sesat”. Si Adik yang memahami sikap
si abangnya pun bersimpati dengan membantu melanggani internet semata-mata
untuk menggunakan aplikasi Waze untuk ke tempat lamunan semalaman.
Suara daripada
telefon pintar Asus kepunyaan si adik mengarahkan untuk menuju ke selatan,
lantas si abang mengangkat kaki meletakkan hujung tapak kaki menekan pedal minyak.
Dengan kepayahan memusingkan stereng yang tiada power stereng seperti
selalu untuk membuat pusingan-u, si
abang ketawa seperti karakter penjahat dalam filem dengan suara garau sekali
melekatkan kening marah “Ha Ha!!!”. Sebenarnya menandakan kegembiraan sehingga
silap reaksi.
Sepanjang jalan
raya ditemani rumah-rumah kampung menambahkan lagi semangat dua beradik yang
rindukan suasana kampung setelah sekian lama duduk di bandar. Makin dekat makin berdebar. Papan tanda
“D’Impian Resort and Training Centre 270m” mengukir lagi senyuman lebih lebar.
Dekat di simpang masuk, si abang melepaskan pedal minyak berganti menekan pedal
brek. Perlahan kereta merun itu masuk ke simpang. Maka diletaklah kereta itu di
dalam kawasan meletakkan kenderaan.
Pintu kereta
dibuka diiringi bunyi ‘kreeeek’. Kasut coklat mendarat di atas tanah. Keluar
lelaki berkaca mata hitam, memakai vest dan dikenakan lagi dengan tali leher
biru di sebelah pemandu. Keluar lagi lelaki sasa berbaju putih, snowcap kelabu
menghiasi bahagian kepala, keluar dari pintu penumpang depan.
“Kak, dekat sini
ke register untuk kem?” loghat KL, suara garau si abang bertanya tanpa salam
kepada kakak yang berjalan perlahan di depan.
“Ya adik” jawab
yakin kak Anis.
Menapak mereka
berdua menuju ke meja pendaftaran lalu membuka mulut menyata nama, “Hassan
Rushdi dengan Hassan Nasir, dah bayar yuran online”. Kak Anis menyuruh mereka
untuk menurunkan tanda tangan di samping menulis nombor IC dan saiz baju. Maka
mulalah perjalanan mereka sebagai antara yang melaksana Misi Jutawan Remaja.
Pemikiran
skeptikal mereka berdua menyangka hempedu bakal menimpa di jiwa bertukar
menjadi madu bila takdir menemukan mereka berdua dengan rakan baru yang cukup
peramah, Amy atau Helmi nama sebenar.
Pertemuan mereka betiga di dalam dorm membuka lagi minda mereka dua
beradik untuk menjalinkan hubungan persahabatan
dengan lebih ramai lagi.
Helmi yang sebenarnya tiba lebih
awal hari itu duduk di atas katil dengan bersahaja menunggu peserta lain untuk
tiba ke D’Impian Resort and Training Centre. Beberapa jam berlalu, makin ramai
peserta yang tiba. Mereka semua mula berkenalan antara satu sama lain.
Kak Anis
banyak membantu peserta-peserta di hari pertama mereka. Kak Anis memberitahu
peserta-peserta lelaki dan perempuan bahawa sesi slot pertama kami mula selepas
solat Jumaat.
Tepat
pada pukul 1 tengahari, Amani dan Maryam yang kedua-duanya yang kelaparan turun
dari dorm perempuan yang terletak di tingkat pertama villa hostel untuk makan
tengahari. Kak Anis telah memberitahu kami beberapa jam sebelum itu bahawa
makanan tengahari disediakan pada jam 1 tengahari.
Bab 2
Selepas lena dibuai mimpi, setiap
peserta bangun meninggalkan katil masing-masing dan menunaikan solat fardhu
subuh secara berjemaah. Setelah itu, mereka menjamah nasi lemak sebagai alas
perut semasa sarapan pagi. Coach Bahar banyak memberikan motivasi dan kisah-kisah
menarik tentang pengalaman beliau sebagai seorang usahawan. Aktiviti di pagi
hari ialah Coach membawa setiap peserta ke Rentas Halangan yang terletak di
kawasan belakang D’impian Resort & Training Centre. Mereka membentuk sebuah
halaqah di bawah sebatang pokok yang disinari dengan pancaran matahari yang
samar-samar.
Pada permulaannya, beberapa
peserta diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing atau ‘ice-breaking’.
Seorang peserta lelaki, Zawani atau lebih disenangi dengan panggilan Zack
menceritakan kisah hidupnya yang penuh ranjau berliku. Antara kisah menarik
mengenainya, wang simpanan beliau lesap hampir RM40,000 kerana ditipu oleh
sahabat syarikatnya sendiri. Seterusnya, peserta termuda, Faris hadir ke
program ‘Young Entrepreneur Apprentice Program’ untuk bersama-sama menyertai
Misi Jutawan Remaja. Coach Bahar juga memberitahu kepada setiap peserta tentang
tentatif perjalanan yang mereka akan hadapi dalam tempoh 2 minggu.
Antaranya setiap peserta akan belajar
cara-cara memasak nasi arab ayam, membuat perniagaan di pasar malam Pantai
Leka, mengadakan Karnival Usahawan Mega dan menjalankan business online.
Aktiviti paling menarik yang dapat menjana duit dengan cepat ialah perniagaan
eBook. Pada jam 10.30 pagi, kelas usahawan muda telah diadakan di dewan. Coach
Bahar memberikan tips-tips atau ciri-ciri seorang jutawan kepada 25 orang
peserta yang menyertai program tersebut.
Ciri-ciri seorang jutawan :
1) Perlu tahu mengapa perlu kaya
2) Berfikiran positif
3) Perlu
bertanggungjawab 100% dalam diri sendiri
4) Perlu melambatkan kepuasan
5) Melakukan apa yang diminati
6) Mempunyai integriti/kejujuran yang tinggi
7) Memberi 100% kesungguhan
8) Mengubah kegagalan kepada kejayaan
9) Menghormati dan menyayangi duit
9 ciri tersebut perlu disemaikan
ke dalam jiwa para peserta yang masih mentah dalam dunia perniagaan. Pada kelas
sebelah petang pula, coach Bahar mengajar taktik-taktik dan strategi yang
berkesan kepada setiap peserta program. Coach Bahar juga mempunyai formula
tersendiri sebagai seorang usahawan yang berjaya.
Seusai melaksanakan solat fardhu
asar, para peserta diberikan tugas secara kumpulan untuk membina satu menara
daripada sebatang paip PVC. Permainan tersebut dinamakan ‘High Tower’. Setiap
peserta memberikan komitmen yang tinggi dan menjalankan aktiviti yang mencabar
itu di halaman D’impian Resort & Training Centre. Permainan itu menguji dan
membuka minda setiap peserta serta memerlukan kerjasama antara satu sama lain.
Peserta dikehendaki memecahkan rekod permainan itu sebanyak 16 batang paip PVC.
Kebanyakan daripada peserta tidak pernah membuat aktiviti tersebut tapi mereka
ditunjuk ajar oleh pakar. Permainan itu diketuai oleh Zack dan Halim. Mereka
diberi tugas untuk mengawal keseimbangan paip-paip itu. Sementara itu peserta-peserta
lain memegang tali raphia yang diikat kemas pada batang paip PVC dengan erat.
Setiap peserta memainkan peranan penting dalam aktiviti ini.
Pada sebelah malam, kelas
usahawan bermula pada jam 8.30 malam yang diajar oleh Ustaz Nizaar. Ustaz
mengatakan bahawa kejayaan tiada makna jika kita tidak memegang pada agama.
Penerangan ustaz tentang iman dari segi jami’ dan mani’ juga merangsang minda
peserta untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Maksud iman ialah :
-
Percaya dengan hati
-
Berkata dengan lidah
-
Melakukan dengan perbuatan
Ustaz juga berkongsi mengenai
faktor-faktor kegagalan. Kegagalan seringkali dianggap musuh utama dalam bidang
bisnes. Antara faktornya ialah :
1)
Blame (menyalahkan orang lain)
2)
Justify (memberikan alasan)
3)
Complain (merungut)
Apabila manusia dalam keadaan
marah, jangan sesekali membuat keputusan. Apabila dalam keadaan gembira pula,
jangan sesekali berjanji. Hal ini diterangkan oleh ustaz kepada setiap peserta
kerana fitrah manusia saling nasihat-menasihati. Bukan itu sahaja, ustaz Nizaar
juga berkongsi serba sedikit tentang tanda-tanda doa yang dimakbulkan. Para
peserta mendengar dengan penuh khusyuk dan berminat untuk mengetahui dengan
lebih lanjut. Terdapat 3 tanda apabila suatu doa itu dimakbulkan :
1)
Menitiskan air mata ketika berdoa
2)
Dada berdebar-debar disaat memohon
sesuatu kepada pencipta
3)
Bulu roma meremang semasa
mengangkat tangan berhajat ke atas Allah
Setelah tamat kelas malam
usahawan muda, para peserta dibenarkan bergerak ke kantin untuk minum malam.
Peserta juga tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim/muslimah,
mereka menunaikan solat fardhu Isya’ secara berjemaah yang diimami oleh Azam di
dalam dewan. Selepas itu, peserta dibenarkan masuk ke dalam dorm untuk membuat
rutin terakhir setiap hari iaitu tidur.
Bab 3
“Anugerah Jutawan Dermawan 2025 jatuh kepada…… Cik Maryam Najwa!”
Pengacara majlis mengumumkan pemenang anugerah yang disambut dengan bunyi
tepukan dan sorakan yang berterusan. Hadirin majlis semua berdiri apabila nama
pemenang anugerah diumumkan. Ini merupakan saat yang tidak Maryam sangka akan
tiba. Maryam bangun menuju ke atas pentas untuk menerima pingat anugerah.
Setiap langkah diorak dengan penuh hati-hati kerana perasaan gemuruh makin
menguasai diri Maryam. Sewaktu Maryam sampai di atas pentas untuk menerima
pingat, tiba-tiba Maryam mengusap kepalanya kerana beliau merasakan seperti ada
batu yang jatuh di atas kepala. Maryam memandang ke atas. Belum sempat berbuat
apa-apa atap dewan tersebut runtuh lalu menghempap orang-orang yang berada
dalam dewan itu. Maryam terkapai-kapai untuk mencari tangan yang menghulur
tetapi semakin lama pandangannya semakin pudar. Hidupnya gelap.
Bunyi pekikan ‘alarm clock’
yang membingitkan telinga Maryam mengejutnya daripada mimpi buruknya. Maryam
bangun terduduk secara mengejut. Tangannya terkapai-kapai ingin mencapai
telefon bimbitnya untuk mematikan ‘alarm’ yang memekik. Jam di lockscreen
menunjukkan tepat jam 5.30 a.m.. Maryam bangun untuk mengejutkan rakan-rakannya
yang masih berdengkur. Maryam menggeletek kaki rakannya Zata supaya rakannya
itu bangun untuk bersiap.
Tepat
pada jam 6.30 a.m. Maryam dan Zata serta dua orang rakan mereka, Amani dan
Syaf. Mereka semua bersemangat untuk memulakan hari mereka dengan ber’jogging’.
Mereka berempat keluar dari dorm bersama dan turun ke kantin untuk bersarapan.
Setelah selesai melapik perut, mereka berempat menyertai kumpulan peserta
lelaki untuk aktiviti ‘warming up’ sebelum memulakan aktiviti ber’jogging’
bersama.
Mereka
mula ber’jogging’ bersama. Maryam, Zata, Amani dan Syaf pada mulanya hanya
berlari-lari anak tetapi Maryam yang rasa tercabar apabila melihat kumpulan
lelaki sudah memecut ke hadapan. Maryam mula memecut dengan semangatnya diikuti
dengan Zata. Amani dan Syaf masih lagi berlari-lari anak di belakang. Selepas
kira-kira 3 minit berlari, Zata mula tercungap-cungap menghirup udara pagi.
Maryam yang juga mula kehausan semangat mula untuk berjalan.
Setelah
sampai ke Taman Bintang iaitu 1.2 km dari D’Impian Resort and Training Centre,
mereka semua tercungap-cungap. Amir dengan semangatnya menawarkan diri untuk
mengetuai aktiviti meregangkan otot. Selepas itu, mereka sambung ber’jogging’
kembali ke pangkalan.
Setelah
selesai menyiapkan diri. Maryam, Diny, Zata, Syaf, Amani dan Hayati, tidak lupa
Kak Syafiqah turun bersama-sama untuk bersarapan Mee Goreng yang dimasak oleh
makcik kantin yang kami panggil mesra sebagai ‘Mak’. Selepas mengisi perut,
Maryam, Diny dan Zata bergegas ke dewan untuk berbincang tentang ‘Marketing’
untuk Karnival Usahawan Mega yang akan diadakan pada hari Sabtu yang mendatang.
Sedang
kami asyik berbincang, Coach kami iaitu Coach Bahar datang menyertai
perbincangan berkumpulan. Kami sedang berbincang tentang perancangan untuk Hari
Karnival Mega yang hanya berbakikan beberapa hari lagi. Coach mengumumkan
bahawa kami semua akan belajar membuat Nasi Arab untuk dijual pada pasar malam,
pada hari yang sama. Coach membahagikan kami semua kepada empat kumpulan. Satu
kumpulan akan menjual itik, baju, handbag, arnab dan banyak lagi.
Tepat
pada pukul 10 a.m. semua peserta mula bergerak ke kantin untuk belajar membuat
Nasi Arab. Sampai sahaja peserta di kantin, kesemua peserta berkumpul untuk
memilih barang untuk dijual di pasar malam nanti. Semua orang kelihatan gembira
dan semangat berkobar-kobar untuk menimba pengalaman berniaga. Tidak lama selepas itu, kami diperkenalkan
kepada Kak Fiza atau lebih mesra dikenali sebagai Mama. Mama merupakan salah
satu chef yang paling terkenal di sekitar Muar. Mama memberi taklimat tentang
cara-cara untuk membuat Nasi Arab. Semua peserta kelihatan tekun untuk
mendengar, hampir kesemua peserta mengeluarkan buku masing-masing untuk
menyalin resepi rahsia Mama.
Selepas
mendengar taklimat dari Mama, kami semua berkumpul untuk membahagikan tugas.
Beberapa kumpulan telah terbahagi antaranya terdapat kumpulan yang memasak Nasi
Arab, Salad ‘Salatoh’, Sambal ‘Harrah’ dan ayam bakar. Selain daripada itu,
Mama juga mengajar kami untuk membuat stok ayam. Stok ayam merupakan elemen
penting dalam membuat Nasi Arab kerana air stok ayam yang dibuat akan digunakan
untuk merendam nasi di samping menambah perisa nasi. Ramai peserta mula merakam
video Zack yang kelihatan tidak sabar untuk membuat Nasi Arab. Zack pun berkata
sambal memandang ke arah kamera yang dirakam oleh Diny, “Okay, hari ini kita
akan memasak Nasi Beriyani.” Dengan serentak semua peserta berkata, “NASI
ARAB!!!!!” Zack pun tersipu malu. Kira-kira 45 minit, nasi sudah siap untuk
dihidang. Kumpulan yang membuat salad ‘Salatoh’ terus tekun memotong tomato,
timun, lobak, limau dan banyak lagi. Sambal ‘Harrah’ pula sibuk disiapkan. Di
saat ini, kumpulan yang dibahagikan sudah tidak dihiraukan lagi. Semua peserta
kelihatan gigih dan tekun membantu satu sama lain. Kerjasama yang kuat menjamin
kepada hasil kerja yang berkualiti. Kira-kira dalam pukul 12 tengahari. Makanan
sudah siap untuk dihidangkan. Semua peserta bergegas ke kantin. Mereka
kelihatan gembira dan tidak sabar untuk merasai Nasi Arab hasil penggemblengan
tenaga dari semua peserta.
Selepas
selesai menjamah tengahari, semua peserta mula bersiap untuk menunaikan solat
Zuhur dan bersiap sedia untuk ke pasar malam yang bertapak di Pasar Malam Parit
Jawa. Kira-kira dalam pukul 3 p.m. kami semua mula bertolak ke tapak pasar
malam untuk membuka gerai jualan. Perjalanan ke Pasar Malam Pantai Leka
mengambil masa selama 7 minit. Kesemua 25 peserta bertolak ke sana menaiki 4
kereta.
Setibanya
di sana. Kami semua mula menyusun barang- barang yang ingin dijual dan mula
mempromosikan kedai kami. Nasir, Akmal dan Eqram mengambil pamphlet dalam
jumlah yang banyak untuk diedarkan di sekitar kawasan pasar. Nasir ataupun Boss
diajak oleh rakannya Akmal dan Eqram untuk pergi mengedar bersama.
“Wah, selalunya jadi pelanggan saja, tapi hari
ini jadi penjaja pula.” Bisik hati Nasir. Perasaannya mula cemas apabila
pelanggan pertamanya mendekatinya sambil bertanya, “Dik, baju kemeja ini
berapa? Macam cantik saja.” Nasir tercungap-cungap tapi masih tidak dapat
mengeluarkan sebarang perkataan. “Kalau size 24 ada?” Tanya pelanggan itu lagi.
Nasir berdebar lagi, malah lebih laju daripada degupan jantungnya pada soalan
pertama. Hari itu diselamatkan oleh kawanya, Farhan, yang agak peramah dengan
pelanggan “ RM 10, Pakcik, harini kami ada buat ‘discount’.” Pak Cik yang
berbangsa Bangladesh itu tersenyum melihat karenah kami yang bertungkus-lumus
mendapatkan pelanggan walau dengan apa cari sekalipun. Halim yang sudah tidak
kenal erti malu dengan semangatnya ke tengah pasar menjerit, “YANG JAUH MAI
DEKAT, YANG DEKAT MAI RAPAT, YANG RAPAT MAI ERAT!!!” Semasa itu, kesemua
peserta bersungguh-sungguh untuk melariskan jualan. Beberapa minit kemudian, Pakcik Harun tiba
dengan empat ekor arnab. Nasir disuruh oleh Zaki untuk mencari kotak untuk
meletakkan arnab. Nasir meneruskan pengembaraan mencari kotak. Nasir dan dua
orang lagi rakannya pergi mencari kotak di kedai-kedai di tepi jalan. Kedai
pertama dikunjungi ialah kedai baju. Sampai sahaja Nasir ke kedai itu, Nasir
bertanya dengan penuh adab kepada penjaga kedai makan tersebut, “Di sini ada
kotak lebih tak?” Penjaga kedai itu berkata , “Tidak ada la dik, cuba dik tanya
pada tuan milik kedai di belakang sana.” Nasir pun pergi berjumpa dengan tuan
milik kedai itu, sekali lagi Nasir bertanya dengan penuh adab dan etika,
“Pakcik, di sini ada kotak lebih ka?”
Tuan milik kedai itupun berkata, “KEPALA
HOTAK KAU!” Nasir terkesima. Dia pun dengan muka ‘steady’ mengucapkan terima
kasih kepada tuan milik kedai itu. Dengan tangan kosong dan hati yang hampa,
Nasir pun bermonolog, “Kau ingat aku nak sangat ke?” Nasir meneruskan
perjuangan mencari kotak dan Nasir mencuba nasib yang terakhir. Dia
memberhentikan langkah kakinya di hadapan kedai buah-buahan dengan harapan
untuk membawa pulang kotak. Nasir dengan hati yang membuak bertanya kepada
penjaga kedai buah-buahan tersebut. “Di sini ada kotak ka?” tanya Nasir dengan
penuh harapan. Penjaga kedai tersebut menyuruh Nasir untuk tunggu sebentar di
hadapan. Beberapa saat kemudian, penjaga kedai tersebut datang dengan membawa
sebuah kotak. Ketika itu, Nasir seperti berada di awan. Dengan hati yang lega
dan gembira, Nasir kembali ke gerai jualan. Semasa itu, semua peserta bising
dan lantang bersuara kerana ingin menarik pelanggan. Diny, Hassan dan Helmi
bertutur dalam Bahasa Cina untuk menarik pelanggan bangsa Cina. Ramai juga
pelangga berbangsa Cina datang berkunjung ke gerai jualan D’Impian. Walaupun
banyak gerai yang mula mengemas, mereka masih lagi aktif bekerja. Dua ekor
arnab yang sangat comel dan gebu berjaya dijual untuk RM50 dan dibeli oleh
pelanggan berbangsa India. Kesemua peserta agak bangga kerana ramai orang yang
datang dari berlainan bangsa mengunjungi gerai jualan D’Impian. Akhirnya semua
barangan habis dijual.
Hari sudah menjelang senja, Coach
memberi isyarat bahawa gerai harus ditutup dan barang-barang lebihan jualan
harus diperkemas dan dibawa balik semula ke D’impian resort. Kelihatan
wajah-wajah mereka yang sudah kepenatan tetapi sangat berpuas hati dengan
barang yang dijual. Sungguh, pengalaman yang sebegini tidak akan mudah
diperoleh oleh sesiapa melainkan orang yang bertuah sahaja yang akan dapat
merasai pengalaman seperti ini. Setibanya sampai di ‘rumah’, semua peserta
program pun bersiap-siap untuk membersihkan diri serta menunaikan solat
Maghrib. Pada pukul 8.30 malam semua
turun ke kantin untuk menjamu selera. Mak telah menghidangkan sambal udang dan
masak lemak sayur beserta ikan masin bulu ayam. Enak sungguh masakan yang
dihidang oleh mak sehingga tinggal beberapa ketul ekor udang sahaja. Kelihatan,
Syaf & Amani merupakan orang yang paling lambat turun ke dewan makan.
Mereka berdua bagaikan isi dengan kuku. Dimana sahaja Syaf berada mesti akan
ada Amani disisi. Syaf kelihatan tidak sabar-sabar untuk menikmati sambal udang
tersebut kerana ianya merupakan makanan kegemarannya. “Eh, kenapa sambal udang
tinggal sikit je ni? Sedihnya.” kata Syaf yang agak kecewa pada Amani. Untuk
menyedapkan hati, Syaf pun bermonolog sendirian “Alah, bedal sajalah labu..
asalkan dapat merasa sambal udang ni!” Mereka semua pun menjamu selera dengan
lahapnya.
Setelah selesai menjamu selera,
mereka semua bergegas menuju ke dewan untuk menyambung kelas yang seterusnya.
Mereka telah berbincang tentang jualan yang telah diadakan di pasar malam
petang tadi. Hasil jualan yang diperoleh
sangat memberansangkan, dengan kekuatan seramai 25 orang dalam satu pasukan
mereka be telah berjaya memperolehi pulangan jualan sebanyak RM800. Sebenarnya,
Coach tidak menyangkakan bahawa peserta program ini akan mendapat untung
sebanyak itu. Terpancar cahaya kegembiraan pada raut wajah beliau yang agak
comel itu. Coach mula bertanya kepada peserta tentang pengalaman masing-masing.
Maryam dipanggil untuk ke hadapan untuk memberitahu tentang pulangan jualan dan
kesemua peserta gembira dengan berita baik itu. Selepas daripada itu, semua
orang dipanggil untuk berkongsi pengalaman. Hayati menceritakan tentang
kepenatan yang dia hadapi kerana dia berkata senyum baginya amat susah tetapi
demi melariskan jualan, Hayati sanggup senyum sampai ke telinga walau kepenatan
dia tidak dapat digambarkan. Semua orang gelak terbahak-bahak mendengar Hayati
mengatakan bahwa senyum itu memenatkan dirinya. Tiba giliran Nasir pula untuk
menceritakan pengalamannya, dia menceritakan kisahnya dalam mengembara mencari
kotak. Ceritanya yang lucu menyebabkan semua orang terhibur, walaupun penat
hati gembira.
Selesa sahaja kelas, semua
peserta ke kantin untuk ‘supper’ dan semua kembali ke dorm untuk tidur.
Bab 4
Pagi yang penuh dengan keceriaan
setiap bibit-bibit muka peserta kem YEAP. Apa tidaknya,peserta kem YEAP semakin
dapat mewujudkan keserasian antara satu sama lain.Sebelum memulakan program
YEAP, kami dijuadahkan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh makcik dan
pakcik kantin yang dikenali sebagai mak dan ayah. Masakan mak dan ayah sangat
sedap dan menyelerakan.Pagi yang penuh dengan keindahan suara peserta
bersembang antara satu sama lain. “Aku rasakan selama aku ikut program ini
banyak aku nampak tentang dunia bisnes and aku nak plan buat cara bisnes la
lepas ni”kata Farhan “a’ah,banyak benda jugak la aku dapat ,bagus la program
ni,aku tak sangka dapat ikut flow program,” kata Akmal. Semua ketawa riang dan
tak sabar untuk menantikan setiap program yang kami akan sertai.
Setelah kami sarapan pagi, kami
berbondong-bondong pergi ke dewan bersama-sama peserta yang lain. Semasa dalam
perjalanan pergi ke dewan ‘aku minat la dengan sorang budak perempuan ni’kata
Eqram.’haha sapa la orang yang kau minat tu Eqram,sape orang yang bertuah
tu?tanya adham kepada Eqram.’ada la orang ye,hahahahah’jawab Eqram dengan hati
yang bergelora untuk bercakap dengan orang bertuah itu. Bagi kami semua itu
sudah menjadi lumrah kehidupan seorang jiwa remaja yang masih mentah lagi.
Sesudah kami sampai ke dalam dewan,seorang peserta lelaki yang penuh dengan
masalah yang dihadapi oleh beliau, peserta ini bercita-cita untuk menjadi
seorang motivator yang terkenal dan ingin mencapai RM1juta dalam masa setahun
iaitu dikenali sebagai Zack. Zack merancang program yang akan diadakan pada
hari sabtu ini iaitu Karnival Usahawan Mega. Beliau mencadangan tajuk besar
kami iaitu Misi Jutawan Remaja. Kami
bersetuju dengan meletakkan sasaran kami adalah RM30,000.00 hasil perbincangan
kami semua.
Sebelum kami berbincang tentang
projek yang diadakan,kami semua telah menyanyikan sebuah lagu bertajuk Gemuruh
Jiwa sambil melakukan gerakan semangat yang diajar oleh Zack. Tujuan kami
menyanyikan lagu tersebut adalah untuk melahirkan semangat yang tinggi sebelum
memulakan perbincangan projek kami.’saya nak u all’s semua buat betul-betul dan
tengok gerak-geri saya’.kata Zack kepada rakan peserta yang lain. Setelah kami
buat percubaan yang pertama Zack meminta semua peserta mengulangi kali kedua.
’Hassan,kau sebagai pengarah dalam projek ni saya nak mintak Hassan tolong
tengok kalau-kalau sesiapa tak buat betul-betul’kata Zack. Ternyata tanggapan
negatif itu dapat disangkal oleh kami semua.
Dalam perbincangan tersebut membahagikan 3 skop bahagian iaitu
Karnival Usahawan Mega, Misi Kembara Impian dan pelancaran e-book (MJR). Dalam
skop kecil Karnival Usahawan Mega kami telah mencadangkan aktiviti yang menarik
seperti Car Wash (RM5), Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur. Pengunjung
yang datang ke karnival kami, mereka boleh menyumbangkan seperti baju,barang
terpakai atau sumbangan duit.Selain itu,Perkongsian Jutawan yang disampaaikan
oleh Dr.Baharuddin Mohamed. Beliau
berpendapat bahawa tahun 2014 adalah tahun yang paling mencabar kerana tahun
2014 tahun ‘kehilangan’.Kehilangan bermaksud kejatuhan syarikat gergasi
penerbangan Malaysia iatu MasAirlines MH370,syarikat penerbangan Australia dan
sebagainya yang terjadi dalam tahun 2014.’tahun ini lah iaitu tahun 2015 adalah
tahun kebangkitan selepas jatuhnya sesuatu syarikat itu dan mereka ini perlu
bertahan sepanjang proses pembangunan semula agar dapat mengembalikan mutu dan
kualiti dalam masa akan datang’ kata coach bahar kepada para peserta.Cabutan
bertuah juga akan diadakan untuk menarik perhatian masyarakat setempat untuk
menghadirkan diri dalam program ini.
Seterusnya,skop kecil Misi
Kembara Impian akan diadakan jam 8.00pagi hingga 1.00petang.Dalam program ini kami akan
menjemput sekolah daripada mahad tahfiz secara percuma tetapi para pelajar
selain daripada mahad tahfiz kami akan mengenakan bayaran kepada mereka
RM30.Akhir sekali, skop kecil bagi e-book (MJR) bertujuan untuk berkongsi
cerita dan pengalaman kami selain dapat memasarkan produk kami ini kepada
masyarakat setempat.Perancangan kami ini akan berjalan selepas perbincangan
selain kami menubuhkan kumpulan-kumpulan dalam skop kecil bagi memudahkan
kelancaran program sehingga waktu Karnival Usahawan Mega.
‘dalam dunia bisnes ni kan
.hello-hello!’ kata coach bahar.’yes-yes’ jawab para peserta.sambung kembali
kata-kata coach bahar’dalam dunia bisnes ni kan ,kalau kamu ingin menjadi
seorang jutawan ,kamu mestilah mengurangkan tekanan apabila suatu tahap dicapai
denagan meluangkan masa untuk ‘makan angin’ , meluangkan masa untuk
mengurangkan tekanan kerana cara ini dapat meningkatkan mutu dan kualiti bisnes
kita pada masa akan datang’ Nasihat coach bahar kepada para pelajarnya.Rezeki
para peserta yang mengikuti program ini sangat-sangat tidak disangka oleh
mereka semua.’baiklah para peserta semua petang ini saya akan bawa kamu semua
ke tempat Kem 2 saya iaitu D’impian
Country Resort’kata Coach bahar. Yeahhhhhhhhh,sahut para peserta yang masih
ternanti nanti apa yang akan terjadi semasa disana.
Kami pergi ke D’impian Country
Resort dengan menaiki kenderaan 4roda berjumlah 5 buah kereta .Nasib
menyebelahi kami kerana ada dikalangan peserta kami yang sudah mempunyai lessen
memandu.Perkara yang paling malang adalah kami berhimpit-himpit sehingga
punggung kami sakit akibat terhentak pada jalan raya yang tidak rata.Ini bukan
salah kami tetapi salah para pengguna tetap yang tinggal di situ kerana kami
semua bukan datang daripada kawasan Parit Kassim.
Apa pun ,kami sangat gembira
kerana dapat pengalaman ini .Setiba di sana kami terpegun dan terperanjat akan
sebuah rumah yang besar di hadapan kami. Jiwa kami seolah-olah mendapat
suntikan semangat untuk menjadi seorang jutawan . Selepas kelekaan kami terarah
kepada sebuah rumah yang sangat besar ,’okay pserta kita tangkap ayam and
sembelih ayam sama-sama,lepastu kita buat BBQ malam ni’. Kata coach bahar.
Kelekaan kami berubah kepada kata-kata coach bahar dan kami semua bergerak ke
tempat reban ayam di hujung belakang rumah yang sangat besar.Cik Umar
,panggilan cik seperti orang yang belum berkahwin tapi itu hakikatnya panggilan
cik Umar telah diperkenalkan oleh Coach bahar sendiri.’Saya memperkenalkan
pekebun dan penternak haiwan disini iaitu cik Umar ,Cik Umar telah bekerja
disini sangat lama dan beliau sangat berpengalaman tentang selok-belok
penternakan ayam. Cik Umar sendiri akan mengajar kita tentang cara-cara
menyembelih ayam yang betul.’ Kata Coach bahar. Selepas coach bahar
memperkenalkan cik umar kepada kami .’Hhhhhhhai cik Umar’jawab para peserta
YEAP.Antara peserta yang mencuba nasib dalam penyemembelih ayam ialah Halim,Akmal ,Farhan,Adham.
Pengalaman pertama kali menyembelih ayam sangat menyeronokkan dan akan kami
semua akan memperaktikkan sendiri di rumah.
Selepas kami menyembelih ayam,cik
Umar membawa kami semua memperkenalkan pokok herba yang ada berhampiran temapat
tinggal cik Umar.Sebelum cik Umar bersetuju untuk bekerja dengan coach
bahar,cik umar telah ditawarkan rumah berhampiran rumah banglo yang besar itu
bertujuan untuk menjaga kebun,penternakan haiwan dan menjaga kebersihan kawasan
tersebut.Sebelum kami bercerita lebih jauh lagi,kami memperkenalkan latar
belakang cik umar. Cik Umar pada awalnya tinggal di daerah muar dan selepas itu
beliau bekerja dengan coach bahar ,cik umar juga mempunyai 2 orang anak
perempuan.Lebih membanggakan kami pendidikan anak-anak mereka tidak diabaikan
buktinya anak pertama beliau menjawat jawatan sebagai doctor dan anak kedua
bekerja sebagai seorang guru.
Bab 5
Seperti rutin biasa harian kami di sini, kelas bermula pada
masa biasa iaitu pada jam 8.30 pagi. Dalam kelas hari itu, kami belajar tentang
marketing. Coach Bahar menceritakan tentang pengalamannya dalam marketing dan
memberi beberapa tips bagaimana mahu membuat perniagaan marketing.
Tapi dengan cara yang berlainan dari pengajar lain, coach
Bahar menggunakan kaedah “marketing revolution”. Di awal pembelajaran itu,
coach member beberapa cara untuk menjayakan kaedah tersebut seperti :-
-
“lebih banyak kita beri, lebih
banyak kita dapat”
-
Kena membuat kempen yang betul
-
Targeting yang betul
Coach Bahar juga menggunakan teknik menceritakan kisah benar
yang pernah berlaku dan memberi nasihat agar tidak ‘mengejutkan gergasi’.
Contohnya :-
kemunculan zaiton sebagai ubat gigi muslim yang pertama
dipasarkan dan membuat iklan di serata nagara. Disebabkan hadirnya sebuah
jenama baru yang akan mengugat perniagaanya, membuatkan colgate berasa terancam
dan merasakan zaiton akan membuat pasarannya rugi. Selepas itu, colgate membuat
keputusan untuk bekerjasama dengan zaiton untuk menyelamatkan syarikat mereka.
Kerjasama mereka dibahagikan dengan zaiton mengambil alih production syarikat
manakala marketing dipegang colgate yang tidak diketahui oleh zaiton adalah
hanya untuk menjerat mereka
Bab 6
Selepas malam yang memenatkan
kerana kesibukan kami untuk menjayakan karnival yang akan diadakan pada
10/1/2015, kami bangun sedikit lewat tetapi sempat untuk bangun menunaikan
solat fardhu subuh. Kerana kami kepenatan, coach Bahar membuat keputusan untuk
memulakan kelas agak lewat pada jam 9.00 pagi. Sebelum kelas bermula, kami
bersarapan dan selepas itu berkumpul di dalam dewan dan sambung berbincang
tentang Karnival Usahawan Mega 2015 yang akan diadakan itu.
Dalam kelas pada hari itu, kami
belajar tentang business online ataupun bisnes di layar siber. Coach Bahar
menceritakan pengalamannya menjual barang dalam internet dan kami mendapat
inspirasi dan terus semangat kami naik mendadak mahu menjual dalam internet
seperti coach Bahar. Ada beberapa peserta di seminar ini seperti Azamuddin,Zata
dan Mariam menceritakan pengalaman mereka dalam jualan di dalam internet.
Terdapat beberapa nasihat yang diberi oleh coach Bahar. Antaranya ialah
“Business mesti rugi tapi mesti
untung”
“Kalau business untung,kita
untung duit.Kalau business tak untung,kita sedekah, kita untung pahala”
Kelas itu berakhir pada jam 12.30 dan kami
berehat sebentar untuk makan tengahari. Selepas menunaikan solat fardhu zohor,
kami berkumpul semula di dewan untuk membincangkan aktiviti yang akan
dijalankan pada petang itu. Aktiviti kami adalah mengedarkan pamflet. Kami
menubuhkan beberapa kumpulan, kumpulan A harus pergi ke masjid dan surau.
Kumpulan B pula pergi ke kedai. Kumpulan C pula pergi rumah ke rumah dan akhir
sekali, kumpulan D harus pergi ke madrasah dan pusat tusyen. Aktiviti tersebut
berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai tetapi itu tak bermakna kami akan
berhenti. Aktiviti pengedaran itu bersambung pada esok harinya.
Pada malam itu, aktiviti
seterusnya adalah belajar tentang penomboran dengan Ustaz Nizar. Pada mulanya
kami tidak menyangka yang nombor-nombor tersebut mempunyai makna-makna
tersendiri dan mempunyai ciri-ciri personaliti kami. Kami menggunakan tarikh
lahir masing-masing untuk mengetahui nombor personaliti kami.
Bab 7
Peserta
bangun sedikit lewat seperti kebiasaan. Jarum jam menunjukkan tepat di atas
angka 7. Amir yang sedar daripada tidur tersentak apabila melihat cahaya
matahari yang memancar masuk ke dalam ruang kediaman penginapan mereka. Sejurus
itu Amir bergegas mengejutkan peserta-peserta lelaki yang lain dengan cara ‘bed
to bed’. Amir seperti ahli nujum sudah mengetahui perangai Hasan dan adiknya
Nasir yang begitu liat untuk bangun pagi. Setelah dikejutkan oleh Amir, peserta
lain berpusu-pusu lari ke arah tempat mengambil wudhu’ sebagai persediaan solat
fardhu Subuh. Halim menjadi imam kepada peserta yang lain pada pagi itu.
Sarapan
pagi yang disediakan oleh mak sungguh lazat sehingga salah seorang peserta, Mat
menjilat kesemua jari-jarinya. Mat tidak menghiraukan sindiran yang dibuat
Rusly kerana menganggap ianya satu gurauan. Menu sarapan pagi yang dijamah oleh
para peserta ialah nasi goreng kampung. Maryam, peserta perempuan yang sangat
comel memuji kelazatan hidangan sarapan pagi yang dimasak oleh mak.
Setelah
selesai sarapan pagi, para peserta masuk ke dalam dewan untuk memulakan sesi
pembelajaran pada jam 9 pagi. Coach Bahar memulakan pembelajaran dengan ucapan
‘bismillah...’. Tajuk utama yang ingin disampaikan oleh coach Bahar kepada
peserta-peserta yang dicintainya ialah ‘Business Model Canvas’atau lebih
dikenali sebagai BMC. BMC merupakan salah satu teknik perniagaan yang berkesan
yang digunakan oleh coach Bahar. Hajat coach ingin berkongsi ilmu tentang BMC
tersekat di pertengahan jalan kerana terdengar enjin lori berkuasa tinggi.
Deria telinga coach begitu tajam mengesan bunyi lori yang berada 100 meter
jauhnya daripada dewan.
Lori 3
tan itu membawa muatan 5 biji rangka kanopi yang akan dipasang oleh peserta
lelaki. Coach menyuruh semua peserta lelaki untuk keluar membantu memasang
kanopi.
Coach
mengarah Maryam dan Zata untuk membantu menjual ‘handbag’ secara online. Kurang
daripada 1 jam, Zata telah berjaya menjual 4 buah ‘handbag’.
Selesai sahaja memasang kanopi, kesemua peserta yang
membuat kerja kelihatan penat dan lesu. Coach Bahar mempelawa para peserta
untuk berhenti daripada melakukan kerja. Kesemua peserta pun berpusu-pusu untuk
ke kantin dan menjamah makanan.
Dalam pukul 11.30 pagi, Coach
Bahar menyeru peserta untuk ke dewan bagi menyambung lagi sesi pembelajaran.
Pada kali ini, topik yang ingin dikupas lebih menarik iaitu ‘Marketing
Revolution’. Coach mula memberi tips untuk melonjakkan ‘Business Marketing’
dengan cara yang pantas. Coach juga meminta pandangan dan perkongsian daripada
para peserta. Diny yang mempunyai bisnes ‘dropshipping’ di Instagram mula
membuat perkongsian tentang bisnes yang beliau kongsi bersama rakannya. Diny
berkata bahawa bisnes sebegini juga boleh membawa banyak untung bersih. Zata
menyambung sesi perkongsian bisnes ‘online marketing’ tentang perniagaan tudung
yang beliau lakukan juga di Instagram. Sedang peserta lelaki asyik melihat
wajah Zata yang mempesona, Coach Bahar memanggil Maryam untuk berkongsi tentang
idea ‘business online’ beliau. Maryam berkongsi tentang menjana duit
menggunakan ‘YouTube’ dan ‘Blogger’. Azam menunjukkan minat yang mendalam
tentang ‘business online’. Beliau sering menanyakan soalan kerana beliau minat
untuk membuat bisnes online.
Kira-kira
dalam pukul 2 lebih, semua peserta bersurai untuk menunaikan solat Zohor
berjemaah. Mereka dihidangkan nasi berlaukkan ayam goreng dan sayur kailan.
Selepas itu, para peserta menuju ke arah dewan untuk sesuatu yang baru daripada
coach untuk dibincangkan. Coach menceritakan tentang bekas peserta programnya
yang dahulunya seorang yang dibuang negeri mencari arah tuju hidup. Namanya
Zul. Beliau pada asalnya merupakan seorang budak yang nakal dan banyak karenah.
Gara-gara terpengaruh dengan budaya kuning, beliau terjebak dalam
melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral
seperti pecah rumah, merompak dan sebagainya. Akhirnya, beliau diberkas oleh pihak polis dan disabit
kesalahan jenayahnya. Beliau terpaksa dibuang daerah pada umur 18 tahun. Beliau
diberi waktu parol 100 jam maksimum. Sepanjang tempoh tersebut, beliau
berniaga. Pada suatu hari,
Setelah
selesai sesi pembelajaran, tepat pukul 4.30 p.m. Coach Bahar mengajak para
peserta untuk membantu mengedarkan ‘flyers’ tentang Hari Karnival Usahawan Mega
2015 dan Program Motivasi Misi Kembara Impian di beberapa tempat seperti
madrasah, masjid, kedai makan, rumah-
rumah dan banyak lagi tempat. Pengunjung yang disasarkan untuk datang ke
Karnival tersebut berada dalam lingkungan dua ribu hingga tiga ribu orang.
Peserta-peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kereta. Kumpulan A yang
diketuai oleh Zack pergi membuat promosi dan mengedar ‘flyers’ di masjid dan
surau. Kumpulan B pula pergi ke kedai-kedai yang berada di sekitar daerah Muar.
Manakala kumpulan C pergi ke rumah-rumah yang berhampiran dengan D’Impian
Resort & Training Centre. Kereta kumpulan D yang dipandu oleh Zaki menuju
ke destinasi yang ditetapkan iaitu madrasah, sekolah tahfiz dan pusat tuisyen.
Mereka
semua selesai menjalankan tugas yang diberi dan selamat sampai ke perkarangan
D’Impian Resort & Training Centre yang peserta sudah menganggap sebagai
rumah mereka sendiri.
Sesudah
mereka selesai menunaikan solat Maghrib, mereka berkumpul di kantin bersama
untuk menjamah makan malam yang sedap. Menu masakan Mak selalu menepati
citarasa peserta-peserta termasuklah Zata dan Maryam yang perangai mereka
sangat memilih makanan.
Bab 8
Kokokan
ayam di D’Impian Resort & Training Centre memecahkan keheningan syahdu di
pagi hari. Zaki yang bangun seawal jam 5 pagi mengejutkan rakan-rakannya yang
lain. Ada di antara peserta yang bertungkus-lumus menyiapkan eBook yang akan
dijual 2 hari selepas itu. Farhan, Akmal dan Aliff antara peserta yang tidur
lewat pada jam 4 pagi dan tidak pernah mengenal erti penat lelah. Mereka
bertiga juga di antara peserta yang bangun awal bersama Zaki untuk menyiapkan
eBook. Maryam yang diberi tugas melaksanakan eBook dengan jayanya terpaksa
membuat eBook tersebut seorang diri kerana Zaki meminta pertolongan mereka
bertiga untuk memasang ‘banner’ berkaitan Karnival Usahawan Mega dan projek
Misi Kembara Impian di masjid yang terletak di pekan Parit Jawa. Setibanya di
masjid, mereka mula memasang kedua-dua ‘banner’ di setiap pintu masuk masjid.
Selepas itu, mereka berempat pulang ke D’Impian Resort untuk menyertai
peserta-peserta yang lain memulakan kelas usahawan muda pada hari ke-8 program
itu berlangsung.
Seperti
kebiasaannya, Coach Bahar berkata, “hello-hello”. Sepantas kilat para peserta
mengeluarkan suara yang padu setinggi “YES YES!!” Coach kelihatan sangat
gembira untuk kelas baru pada hari yang baru. Coach memberitahu bahawa beliau
telah menjemput seorang tetamu istimewa iaitu bekas pelajarnya semasa beliau
mengajar di Universiti. Kami diperkenalkan dengan Kak Emy. Kak Emy dengan
senyuman yang menawan yang tampak dengan dengan gayanya yang ‘sempoi’ membuatkan
semua orang yang memandang berasa selesa dengannya. Kak Emy mula memperkenalkan
diri dan menceritakan pengalamannya daripada permulaan bisnesnya hingga kini.
Kak Emy memberi banyak nasihat dan inspirasi kepada kami. Antara nasihat yang
diberi adalah:-
i.
Kita memerlukan kejujuran,
ketepasan masa dan buat solat sunat dhuha
ii.
Selawat, membaca ayat kursi dan
memperbanyakkan sedekah.
iii.
Harus meningkatkan usaha dan
kurangkan masa tidur
iv.
Apabila kita di universiti, kita
perlu memperkuatkan hubungan kita dengan lecturer kita.
v.
Sedekahkan al-fatihah kepada
lecturer.
vi.
Harus pandai memilih kawan kerana
kawan itu akan mengubah cara kita.
Peserta yang kelihatan paling
terpegun dengan kejayaan dan jalan cerita kisah hidup Kak Emy ialah Azamuddin.
Azamuddin yang tidak mampu menahan dirinya lagi menyebabkan beliau menanyakan
soalan yang bertalu talu kepada kak emy. Maryam, Zata, Diny yang berada di
barisan belakang sudah tidak mampu menahan kelopak mata mereka yang makin layu
itu. Dalam keadaan sebegitu, Diny mampu lagi bertanya kepada Maryam, “Maryam,
awak mengantuk tak?” Dengan lesu Maryam mengiakan soalan Diny. Lalu tanpa
disangka, Diny memukul belakang Maryam dengan kuat hinggakan terdapat kesan
merah dan panas akibat pukulan yang diberi oleh Diny yang nakal perwatakannya. Zata
pula yang sudah bosan dan mengantuk mencuit pinggang Maryam. Maryam berfikir
kepada dirinya sendiri, “Kenapa la harini semua orang nak kenakan aku? Tak
faham la, semua orang mengantuk jugak kan.” Maryam menghantar pesanan
menggunakan WhatsApp kepada Zata. Zata membalas Maryam dengan “Buat la kotak.”
Maryam membuat kotak dan mengisi kotak tersebut dengan keratan emoji.
Semua
peserta asyik mendengar kisah Kak Emy dan mereka sempat bergambar bersama Kak
Emy. Selepas daripada itu, semua peserta mula bersurai untuk menyambung kerja
menyiapkan persediaan menjelang Karnival Hari Usahawan Mega pada hari Sabtu.
Maryam, Akmal, Aliff dan Farhan sibuk menyiapkan eBook yang akan dijual pada
keesokan harinya. Zata yang ditemani Eqram sibuk membalut beg tangan untuk diposkan
ke rumah pelanggan yang membeli beg tangan tersebut. Semua orang sibuk membuat
kerja sampaikan Hassan bertukar dari mood ‘goofy’ kepada ‘serious’. Melihat
Hassan yang serius, semua orang mula membuat kerja dengan serius.
Tepat
pada jam 12.30 tengahari, Coach Bahar mula memanggil peserta lelaki untuk
berkumpul bagi tugasan mengedar ‘flyers’ pada pengunjung masjid selepas Solat
Jumaat. Beberapa kumpulan dibahagi untuk pergi ke beberapa masjid. Terdapat 3
kumpulan yang dibahagikan, setiap kumpulan perlu pergi ke masjid yang diaturkan
dan perlu berjumpa dengan pengurus masjid untuk mempromosikan karnival itu.
Selepas solat jumaat, mereka harus mengedarkan flyers kepada jemaah jemaah
masjid.
Selepas
semua kumpulan selesaikan tugas yang diberi, mereka kembali pulang ke D’impian
resort and training centre untuk menjamu makan tengahari. Dengan hanya tinggal
sehari saja lagi untuk berlangsung Karnival Keusahawanan Mega 2015,
peserta-peserta tidak berehat tetapi meneruskan usaha mereka untuk menyiapkan
karnival. Zaki, Noh, Adham dan Amir menguruskan peralatan ‘PA system’ sebagai
persediaan hari esok. Manakala Maryam, Akmal, Aliff dan Farhan masih sibuk
menyiapkan jurnal. Tiba-tiba, Halim masuk ke dalam bilik di mana mereka
berempat berada dan diikuti Hilmi. Halim dan Hilmi membantu mereka serba
sedikit tentang jurnal dengan menceritakan pengalaman semasa berada di D’Impian
Country Resort & Training Centre. Kemudian, Rusly datang menyertai ‘group’
lawak yang diketuai oleh Helmi. Mereka menceriakan suasana dengan lawak mereka
sehingga semua orang gelak tanpa henti. Selepas kami bergelak ketawa
menghiburkan hati ini,tiba-tiba ‘eh sapa yang take keje tolong aku kejap’tanya
zaki dengan nada yang sangat kecewa dan sedih. Peserta YEAP yang tidak kaitan tentang
usaha untuk menyiapkan e-book menolong zaki.Keadaan kembali tenang dan pada
keadaan normal.Usaha untuk menyiapkan e-book semakin penghujungnya,kumpulan
e-book sangat gembira akan situasi ini dan berusaha dengan lebih kuat untuk
menyiapkan e-book.
Suasana yang tenang menjadi suram ,apa tidak nya ‘wei korang
keluar sekejap dari bilik ni,coach bahar nak jumpa’ suruh eqram kepada kumpulan
e-book.Bukan sahaja kumpulan e-book yang dipanggil oleh coach bahar malah semua
orang dipanggilnya.Hati setiap peserta
YEAP seakan-akan seperti ada suatu perkara yang terjadi dalam peserta .Para
peserta YEAP berbondong-bondong pergi ketempat Coach bahar.Sesudah para peserta
tiba di tempat Coach bahar ,kami melihat bait-bait muka coach seperti tidak
seperti biasa yang sentiasa senyum setiap masa dengan ditemani oleh ustaz Nizar
yang banyak membantu kami dalam berkongsi banyak ilmu berkaitan bisnes selain
ustaz Nizar. Peserta kem YEAP terkejut apabila raut wajah seorang selebriti
Iaitu Dr. Baharuddin mohamed berubah menjadi serius . ‘jika kamu tidak sentiasa
berfikiran positif
No comments:
Post a Comment