Monday, 19 January 2015

Remaja perlu dilatih

Kenapa remaja perlu dilatih jana duit sendiri
================================

Ceritanya macam ni. Semasa zaman di Univeristi dulu saya tak dapat biasiswa. bukan sebab saya keluarga saya kaya raya, sebenarnya disebabkan masalah teknikal dimana borang saya terlepas pandang. Di tahun akhir pengajian baru saya dapat tajaan nya setelah lama merayu.
.
Saya kehilangan ayah saya di usia muda. Beliau tak dapat menyaksikan kejayaan saya. Saya tak dapat bergantung hidup dengan arwah abah. Zaman universiti saya terpaksa bekerja dan berniaga sendiri untuk saya sara hidup saya dan ibu dikampung. Nasib baik ada pertolongan dari keluarga yang terdekat masa zaman susah dulu.
.
Masa saya penuh dengan mengejar dan dikejar masa depan. Saya mula berniaga kecil-kecilan di kampus dengan menjual kerepek yang saya bawa dari kampung. Dijual ke pensyarah dan kawan-kawan. Hingga dapat masuk di kantin-kantin asrama. Masa masa raya lebih banyak kuih dan kerepek saya jual. penuh dalam bilik asrama saya dengan kuih.
.
Sebelum ke kelas saya akan menjadi part time di kantin fakulti. Buat air, bersihkan maje, dapatlah 3 sejam kerja . Saya dapat sarap dan makan tengah hari percuma. Sebelah malam 3 hari dalam seminggu saya akan mengajar kelas tambahan di rumah-rumah subjek yang paling saya suka iaitu mahtematik. Lebih puas bila anak murid yang saya bimbing dapat A dalam pelajaran.
.
Saya masih sibuk dengan berpesatuan. Tahun kedua di universiti saya lebih maju. Saya sudah ada handphone (walaupun sebesar botol air), saya dah ada kereta yang saya buat sewaan, saya dah ada pekerja, saya dah ada kedai kecil untuk menjual komputer. Saya tidak seperti remaja lain yang hanya menumpukan pelajaran tetapi saya perlu mencuri masa muda saya untuk bekerja dan berniaga. setiap semesta saya perlu mencari duit untuk membayar yuran univerisiti.

Dizaman belajar banyak kenangan pahit manisnya. saya juga hairan sebahagian kawan-kawan yang senang lenang mendapatkan duit dari keluarga mereka. Nak pergi kebandar shopping pun minta duit dari keluarga. Saya dilatih menjana duit kerana terpaksa.Sebenarnya menjana duit selain kaedah paksa, kita juga boleh dilatih. bukan hanya latihan atas kertas secara teori sahaja tetapi dibuat secara perktikal.

Itu sebabnya saya menganjurkan bizcamp remaja ni. saya mahu melatih mereka pandai menjana duit sendiri dari hanya bergantung kepada ibu bapa masa di universiti. Ramai orang baru nak mula belajar berniaga bila mereka habis zaman universiti berumur 24 tahun. lebih teruk lagi mereka baru nak bermula berniaga pada umur 40 tahun. tentu sedikit terlambat kan...

#yep2015
#misijutawanremaja
#coachbahar


No comments:

Post a Comment