Saturday 3 January 2015

Aktiviti Hari Kedua Bizcamp 2015 Coach Bahar


[Peserta Program YEAP]
Lepas subuh sihatkan badan dulu dengan bersenam. Mulakan dengan hari yang ceria. Bersenam dipantai leka parit jawa.



" Young Entrepreneur Apprentece Program 2015 "

Mereka anak muda. Mereka baru habis spm , baru habis degree dan diploma.

Mereka datang semalam dengan harapan. Ada yang datang sebab sendiri nak datang. Ada yang datang sebab terpaksa datang sebab mak dan ayah suruh. Saya cakap dengan mereka saya bukan nak ubah mereka jadi usahawan. Jika mereka nak jadi doktor, nak jadi jurutera dan nak jadi ustaz teruskan.

Camp ni saya nak ajar bagaimana kita boleh berfikiran untuk menjana duit. Pandai cari duit sendiri esok masa jadi mahasiswa. Saya nak jadikan mereka pandai berdikari. Tidak bergantung pada orang lain. Mereka sudah mula remaja.

Tahun lepas macam ni juga. Ramai yang datang pening-pening tak tahu nak jadi apa...tak ada cita-cita. Mereka ingat nak bisnes ni semesti nanti jadi orang kaya. Itu hanya mitos.

Antara peserta tahun lepas lepas camp ni berniaga di kampus . Zaid tahun dua jurutera kimia di uitm. Menjual handphone second . Beli dari kekawan dengan harga murah, format dan ambil unyuk sikit -sikit. Jual kat group kekawan uitm dia. Satu handphone untung 50 satu. Kalau sebulan jual 10 banyak juga dapat. Itu masa memula dia berniaga kat kampus. Baru ni dia masej dah banyak dia buat. Dia nak buka workshop kat luar dah...pehh hebat. CGPA dia masih 3.0 keatas lagi. Saya kagum.

Itu je yang saya nak. Remaja ni pandai buat dan jana duit sendiri. Kat sini saya latih dan kat sini saya cuba buat yang terbaik.

Ini perjuangan nya untuk bangsa menjadi peneraju ekonomi masa depan.




Aktiviti petang ni adalah membina menara impian 


Hari ke-2
Kelas malam. 11 hari mereka tak tengok tv, mereka tak baca surat khabar, mereka belajar dan belajar. Mereka belajar macam mana buat duit. Mereka pemimpin masa depan.
Mereka semua punya bakat dan potensi diri yang besar. Doakan mereka.




Anda mahu saya kongsikan lagi...

9 Tabiat Usahawan


1. Anda perlu tahu sebab mengapa perlu kaya.
2. Berfikiran positif
3. Bertanggungjawab 100%.
4. Melambatkan kepuasan.
5. Lakukan apa yang diminati.
6. 100% kesungguhan
7. Keupayaan mengubah kegagalan menjadi sebuah kejayaan.
8. Hormati dan sayangi wang.
9...


No comments:

Post a Comment