Monday 19 January 2015

Kerja Kuat



Bizcamp Remaja 2015

Hari ini semua peserta sibuk dengan kerja masing-masing. Dari pagi sampai sekarang masing ada yang bekerja berselang seli. Bukan saya mendera mereka, tetapi saya mengajar mereka untuk " melambatkan keselesaan dan kegembiraan untuk kejayaan gemilan masa depan ".

Hari mereka banyak yang keluar, ada yang beli barangan untuk persediaan karnival sabtu ni. Mereka punya tugasan masing- masing. Saya sempat ikut mereka ke madrasah untuk minta pelajar datang untuk motivasi percuma. Ada antara mereka yang teruskan menabur flyers untuk pastikan program sabtu ni meriah. Saya ajarkan mereka buat event sendiri.
Maafkan saya ibu dan ayah peserta. Mereka tak cukup tidur, mungkin mereka penat dari biasa, mungkin mereka tidak selesa. Tetapi mereka mula sedikit demi sedikit faham erti berniaga.


Dua minggu padat dengan ilmu berniaga, dua minggu padat dengan cerita masa depan, dua minggu penuh dengan cerita suka dan duka berbisnes. Sehingga mereka kata " boleh tak tambah seminggu lagi kat sini " . Mereka sudah jatuh cinta dengan perkara baru untuk mereka. Mereka tidak mahu pulang.

‪#‎yep2015‬
‪#‎misijutawanremaja‬
‪#‎coachbahar‬



No comments:

Post a Comment