Monday 19 January 2015

Bizcamp remaja sesi ii







Bizcamp remaja 2015
=================

Bila jumpa kawan lama , Ada ke deorang kata saya selalu cerita keduniaan. Saya cerita perkara-perkara untuk kaya sahaja. Cubalah ingat akhirat sikit. Itu kata mereka. Kalau dilihat positif , yang baiklah yang kita dapat. Jika negatif yang kita cari , cerita buruklah yang kita jumpa.


Saya jadi tak faham. Saya memang berniaga. Sebab itu saya cerita apa yang selalu saya buat. Kalau saya seorang nelayan mungkin saya akan cerita tentang berapa besar ikan yang pernah saya tangkap atau bot baru yang baru saya beli. Tapi saya peniaga.

Kenapa saya buat bizcamp2015 untuk lepasan SPM. lama pulak tu sampai 2 minggu mereka bertapa di sini. Mereka tak cukup tidur, mereka kena marah, mereka kuat kerja.

Macam-macam mereka belajar bukan sahaja teori sahaja. Saya sendiri yang mengajar tiap hari. Saya nak jadikan mereka jemaah bisnes saya. Saya nak mereka berjaya dalam hidup mereka.

Esok mereka anjurkan karnival usahawan mega. Lusa mereka dah abis pulak. Sekejap je habis. Mereka mula sedih untuk berpisah. Mereka nak tinggal lagi di sini lagi.

Ada tak yang mengikuti perjalanan mereka setiap hari ?

‪#‎yep2015‬
‪#‎misijutawanremaja‬
‪#‎coachbahar‬

No comments:

Post a Comment