Saturday 3 January 2015

Monolog Kisah BizCamp2015 :: Peserta Bizcamp



BAB 1 

Terik matahari memancar dari langit menambahkan lagi bahang dalam kereta Proton Wira maroon yang pudar warnanya diliputi habuk. Dua beradik berpeluh menahan rasa api dalam jiwa kerana sesat di atas jalan yang tidak pasti arah yang harus dituju. Destinasi D’Impian Resort and Training Centre yang dituju patutnya tiba awal menjadi lewat. 

Sifat si abang yang mementingkan masa amat kebingungan dalam keadaan yang lesu memandu  4 jam berterusan dan hanya berhenti sebentar untuk bersarapan di RNR Ayer Keroh. Bingung dibelit lagi dalam keadaan GPS yang kurang berfungsi; kata orang “Guna Pun Sesat”. Si Adik yang  memahami sikap si abangnya pun bersimpati dengan membantu melanggani internet semata-mata untuk menggunakan aplikasi Waze untuk ke tempat lamunan semalaman.

Suara daripada telefon pintar Asus kepunyaan si adik mengarahkan untuk menuju ke selatan, lantas si abang mengangkat kaki meletakkan hujung tapak kaki menekan pedal minyak. Dengan kepayahan memusingkan stereng yang tiada power stereng seperti selalu  untuk membuat pusingan-u, si abang ketawa seperti karakter penjahat dalam filem dengan suara garau sekali melekatkan kening marah “Ha Ha!!!”. Sebenarnya menandakan kegembiraan sehingga silap reaksi.

Sepanjang jalan raya ditemani rumah-rumah kampung menambahkan lagi semangat dua beradik yang rindukan suasana kampung setelah sekian lama duduk di bandar.  Makin dekat makin berdebar. Papan tanda “D’Impian Resort and Training Centre 270m” mengukir lagi senyuman lebih lebar. Dekat di simpang masuk, si abang melepaskan pedal minyak berganti menekan pedal brek. Perlahan kereta merun itu masuk ke simpang. Maka diletaklah kereta itu di dalam kawasan meletakkan kenderaan.

Pintu kereta dibuka diiringi bunyi ‘kreeeek’. Kasut coklat mendarat di atas tanah. Keluar lelaki berkaca mata hitam, memakai vest dan dikenakan lagi dengan tali leher biru di sebelah pemandu. Keluar lagi lelaki sasa berbaju putih, snowcap kelabu menghiasi bahagian kepala, keluar dari pintu penumpang depan.

“Kak, dekat sini ke register untuk kem?” loghat KL, suara garau si abang bertanya tanpa salam kepada kakak yang berjalan perlahan di depan.
“Ya adik” jawab yakin kak Anis.

Menapak mereka berdua menuju ke meja pendaftaran lalu membuka mulut menyata nama, “Hassan Rushdi dengan Hassan Nasir, dah bayar yuran online”. Kak Anis menyuruh mereka untuk menurunkan tanda tangan di samping menulis nombor IC dan saiz baju. Maka mulalah perjalanan mereka sebagai antara yang melaksana Misi Jutawan Remaja.

Pemikiran skeptikal mereka berdua menyangka hempedu bakal menimpa di jiwa bertukar menjadi madu bila takdir menemukan mereka berdua dengan rakan baru yang cukup peramah, Amy atau Helmi nama sebenar.  Pertemuan mereka betiga di dalam dorm membuka lagi minda mereka dua beradik untuk menjalinkan hubungan persahabatan  dengan lebih ramai lagi.

Helmi yang sebenarnya tiba lebih awal hari itu duduk di atas katil dengan bersahaja menunggu peserta lain untuk tiba ke D’Impian Resort and Training Centre. Beberapa jam berlalu, makin ramai peserta yang tiba. Mereka semua mula berkenalan antara satu sama lain.
             
Kak Anis banyak membantu peserta-peserta di hari pertama mereka. Kak Anis memberitahu peserta-peserta lelaki dan perempuan bahawa sesi slot pertama kami mula selepas solat Jumaat.
             
Tepat pada pukul 1 tengahari, Amani dan Maryam yang kedua-duanya yang kelaparan turun dari dorm perempuan yang terletak di tingkat pertama villa hostel untuk makan tengahari. Kak Anis telah memberitahu kami beberapa jam sebelum itu bahawa makanan tengahari disediakan pada jam 1 tengahari. 



Bab 2


Selepas lena dibuai mimpi, setiap peserta bangun meninggalkan katil masing-masing dan menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah. Setelah itu, mereka menjamah nasi lemak sebagai alas perut semasa sarapan pagi. Coach Bahar banyak memberikan motivasi dan kisah-kisah menarik tentang pengalaman beliau sebagai seorang usahawan. Aktiviti di pagi hari ialah Coach membawa setiap peserta ke Rentas Halangan yang terletak di kawasan belakang D’impian Resort & Training Centre. Mereka membentuk sebuah halaqah di bawah sebatang pokok yang disinari dengan pancaran matahari yang samar-samar.

Pada permulaannya, beberapa peserta diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing atau ‘ice-breaking’. Seorang peserta lelaki, Zawani atau lebih disenangi dengan panggilan Zack menceritakan kisah hidupnya yang penuh ranjau berliku. Antara kisah menarik mengenainya, wang simpanan beliau lesap hampir RM40,000 kerana ditipu oleh sahabat syarikatnya sendiri. Seterusnya, peserta termuda, Faris hadir ke program ‘Young Entrepreneur Apprentice Program’ untuk bersama-sama menyertai Misi Jutawan Remaja. Coach Bahar juga memberitahu kepada setiap peserta tentang tentatif perjalanan yang mereka akan hadapi dalam tempoh 2 minggu.

 Antaranya setiap peserta akan belajar cara-cara memasak nasi arab ayam, membuat perniagaan di pasar malam Pantai Leka, mengadakan Karnival Usahawan Mega dan menjalankan business online. Aktiviti paling menarik yang dapat menjana duit dengan cepat ialah perniagaan eBook. Pada jam 10.30 pagi, kelas usahawan muda telah diadakan di dewan. Coach Bahar memberikan tips-tips atau ciri-ciri seorang jutawan kepada 25 orang peserta yang menyertai program tersebut.

Ciri-ciri seorang jutawan :
1) Perlu tahu mengapa perlu kaya
2) Berfikiran positif
3)  Perlu bertanggungjawab 100% dalam diri sendiri
4) Perlu melambatkan kepuasan
5) Melakukan apa yang diminati
6) Mempunyai integriti/kejujuran yang tinggi
7) Memberi 100% kesungguhan
8) Mengubah kegagalan kepada kejayaan
9) Menghormati dan menyayangi duit

9 ciri tersebut perlu disemaikan ke dalam jiwa para peserta yang masih mentah dalam dunia perniagaan. Pada kelas sebelah petang pula, coach Bahar mengajar taktik-taktik dan strategi yang berkesan kepada setiap peserta program. Coach Bahar juga mempunyai formula tersendiri sebagai seorang usahawan yang berjaya.






Seusai melaksanakan solat fardhu asar, para peserta diberikan tugas secara kumpulan untuk membina satu menara daripada sebatang paip PVC. Permainan tersebut dinamakan ‘High Tower’. Setiap peserta memberikan komitmen yang tinggi dan menjalankan aktiviti yang mencabar itu di halaman D’impian Resort & Training Centre. Permainan itu menguji dan membuka minda setiap peserta serta memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Peserta dikehendaki memecahkan rekod permainan itu sebanyak 16 batang paip PVC. Kebanyakan daripada peserta tidak pernah membuat aktiviti tersebut tapi mereka ditunjuk ajar oleh pakar. Permainan itu diketuai oleh Zack dan Halim. Mereka diberi tugas untuk mengawal keseimbangan paip-paip itu. Sementara itu peserta-peserta lain memegang tali raphia yang diikat kemas pada batang paip PVC dengan erat. Setiap peserta memainkan peranan penting dalam aktiviti ini.
Pada sebelah malam, kelas usahawan bermula pada jam 8.30 malam yang diajar oleh Ustaz Nizaar. Ustaz mengatakan bahawa kejayaan tiada makna jika kita tidak memegang pada agama. Penerangan ustaz tentang iman dari segi jami’ dan mani’ juga merangsang minda peserta untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Maksud iman ialah :
-        Percaya dengan hati
-        Berkata dengan lidah
-        Melakukan dengan perbuatan
Ustaz juga berkongsi mengenai faktor-faktor kegagalan. Kegagalan seringkali dianggap musuh utama dalam bidang bisnes. Antara faktornya ialah :
1)      Blame (menyalahkan orang lain)
2)      Justify (memberikan alasan)
3)      Complain (merungut)
Apabila manusia dalam keadaan marah, jangan sesekali membuat keputusan. Apabila dalam keadaan gembira pula, jangan sesekali berjanji. Hal ini diterangkan oleh ustaz kepada setiap peserta kerana fitrah manusia saling nasihat-menasihati. Bukan itu sahaja, ustaz Nizaar juga berkongsi serba sedikit tentang tanda-tanda doa yang dimakbulkan. Para peserta mendengar dengan penuh khusyuk dan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Terdapat 3 tanda apabila suatu doa itu dimakbulkan :
1)      Menitiskan air mata ketika berdoa
2)      Dada berdebar-debar disaat memohon sesuatu kepada pencipta
3)      Bulu roma meremang semasa mengangkat tangan berhajat ke atas Allah
Setelah tamat kelas malam usahawan muda, para peserta dibenarkan bergerak ke kantin untuk minum malam. Peserta juga tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim/muslimah, mereka menunaikan solat fardhu Isya’ secara berjemaah yang diimami oleh Azam di dalam dewan. Selepas itu, peserta dibenarkan masuk ke dalam dorm untuk membuat rutin terakhir setiap hari iaitu tidur.



Bab 3
“Anugerah Jutawan Dermawan 2025 jatuh kepada…… Cik Maryam Najwa!” Pengacara majlis mengumumkan pemenang anugerah yang disambut dengan bunyi tepukan dan sorakan yang berterusan. Hadirin majlis semua berdiri apabila nama pemenang anugerah diumumkan. Ini merupakan saat yang tidak Maryam sangka akan tiba. Maryam bangun menuju ke atas pentas untuk menerima pingat anugerah. Setiap langkah diorak dengan penuh hati-hati kerana perasaan gemuruh makin menguasai diri Maryam. Sewaktu Maryam sampai di atas pentas untuk menerima pingat, tiba-tiba Maryam mengusap kepalanya kerana beliau merasakan seperti ada batu yang jatuh di atas kepala. Maryam memandang ke atas. Belum sempat berbuat apa-apa atap dewan tersebut runtuh lalu menghempap orang-orang yang berada dalam dewan itu. Maryam terkapai-kapai untuk mencari tangan yang menghulur tetapi semakin lama pandangannya semakin pudar. Hidupnya gelap.
            
   Bunyi pekikan ‘alarm clock’ yang membingitkan telinga Maryam mengejutnya daripada mimpi buruknya. Maryam bangun terduduk secara mengejut. Tangannya terkapai-kapai ingin mencapai telefon bimbitnya untuk mematikan ‘alarm’ yang memekik. Jam di lockscreen menunjukkan tepat jam 5.30 a.m.. Maryam bangun untuk mengejutkan rakan-rakannya yang masih berdengkur. Maryam menggeletek kaki rakannya Zata supaya rakannya itu bangun untuk bersiap.

               Tepat pada jam 6.30 a.m. Maryam dan Zata serta dua orang rakan mereka, Amani dan Syaf. Mereka semua bersemangat untuk memulakan hari mereka dengan ber’jogging’. Mereka berempat keluar dari dorm bersama dan turun ke kantin untuk bersarapan. Setelah selesai melapik perut, mereka berempat menyertai kumpulan peserta lelaki untuk aktiviti ‘warming up’ sebelum memulakan aktiviti ber’jogging’ bersama.

               Mereka mula ber’jogging’ bersama. Maryam, Zata, Amani dan Syaf pada mulanya hanya berlari-lari anak tetapi Maryam yang rasa tercabar apabila melihat kumpulan lelaki sudah memecut ke hadapan. Maryam mula memecut dengan semangatnya diikuti dengan Zata. Amani dan Syaf masih lagi berlari-lari anak di belakang. Selepas kira-kira 3 minit berlari, Zata mula tercungap-cungap menghirup udara pagi. Maryam yang juga mula kehausan semangat mula untuk berjalan.

               Setelah sampai ke Taman Bintang iaitu 1.2 km dari D’Impian Resort and Training Centre, mereka semua tercungap-cungap. Amir dengan semangatnya menawarkan diri untuk mengetuai aktiviti meregangkan otot. Selepas itu, mereka sambung ber’jogging’ kembali ke pangkalan.

               Setelah selesai menyiapkan diri. Maryam, Diny, Zata, Syaf, Amani dan Hayati, tidak lupa Kak Syafiqah turun bersama-sama untuk bersarapan Mee Goreng yang dimasak oleh makcik kantin yang kami panggil mesra sebagai ‘Mak’. Selepas mengisi perut, Maryam, Diny dan Zata bergegas ke dewan untuk berbincang tentang ‘Marketing’ untuk Karnival Usahawan Mega yang akan diadakan pada hari Sabtu yang mendatang.

               Sedang kami asyik berbincang, Coach kami iaitu Coach Bahar datang menyertai perbincangan berkumpulan. Kami sedang berbincang tentang perancangan untuk Hari Karnival Mega yang hanya berbakikan beberapa hari lagi. Coach mengumumkan bahawa kami semua akan belajar membuat Nasi Arab untuk dijual pada pasar malam, pada hari yang sama. Coach membahagikan kami semua kepada empat kumpulan. Satu kumpulan akan menjual itik, baju, handbag, arnab dan banyak lagi.

               Tepat pada pukul 10 a.m. semua peserta mula bergerak ke kantin untuk belajar membuat Nasi Arab. Sampai sahaja peserta di kantin, kesemua peserta berkumpul untuk memilih barang untuk dijual di pasar malam nanti. Semua orang kelihatan gembira dan semangat berkobar-kobar untuk menimba pengalaman berniaga.  Tidak lama selepas itu, kami diperkenalkan kepada Kak Fiza atau lebih mesra dikenali sebagai Mama. Mama merupakan salah satu chef yang paling terkenal di sekitar Muar. Mama memberi taklimat tentang cara-cara untuk membuat Nasi Arab. Semua peserta kelihatan tekun untuk mendengar, hampir kesemua peserta mengeluarkan buku masing-masing untuk menyalin resepi rahsia Mama.

               Selepas mendengar taklimat dari Mama, kami semua berkumpul untuk membahagikan tugas. Beberapa kumpulan telah terbahagi antaranya terdapat kumpulan yang memasak Nasi Arab, Salad ‘Salatoh’, Sambal ‘Harrah’ dan ayam bakar. Selain daripada itu, Mama juga mengajar kami untuk membuat stok ayam. Stok ayam merupakan elemen penting dalam membuat Nasi Arab kerana air stok ayam yang dibuat akan digunakan untuk merendam nasi di samping menambah perisa nasi. Ramai peserta mula merakam video Zack yang kelihatan tidak sabar untuk membuat Nasi Arab. Zack pun berkata sambal memandang ke arah kamera yang dirakam oleh Diny, “Okay, hari ini kita akan memasak Nasi Beriyani.” Dengan serentak semua peserta berkata, “NASI ARAB!!!!!” Zack pun tersipu malu. Kira-kira 45 minit, nasi sudah siap untuk dihidang. Kumpulan yang membuat salad ‘Salatoh’ terus tekun memotong tomato, timun, lobak, limau dan banyak lagi. Sambal ‘Harrah’ pula sibuk disiapkan. Di saat ini, kumpulan yang dibahagikan sudah tidak dihiraukan lagi. Semua peserta kelihatan gigih dan tekun membantu satu sama lain. Kerjasama yang kuat menjamin kepada hasil kerja yang berkualiti. Kira-kira dalam pukul 12 tengahari. Makanan sudah siap untuk dihidangkan. Semua peserta bergegas ke kantin. Mereka kelihatan gembira dan tidak sabar untuk merasai Nasi Arab hasil penggemblengan tenaga dari semua peserta.

               Selepas selesai menjamah tengahari, semua peserta mula bersiap untuk menunaikan solat Zuhur dan bersiap sedia untuk ke pasar malam yang bertapak di Pasar Malam Parit Jawa. Kira-kira dalam pukul 3 p.m. kami semua mula bertolak ke tapak pasar malam untuk membuka gerai jualan. Perjalanan ke Pasar Malam Pantai Leka mengambil masa selama 7 minit. Kesemua 25 peserta bertolak ke sana menaiki 4 kereta.

               Setibanya di sana. Kami semua mula menyusun barang- barang yang ingin dijual dan mula mempromosikan kedai kami. Nasir, Akmal dan Eqram mengambil pamphlet dalam jumlah yang banyak untuk diedarkan di sekitar kawasan pasar. Nasir ataupun Boss diajak oleh rakannya Akmal dan Eqram untuk pergi mengedar bersama.

                “Wah, selalunya jadi pelanggan saja, tapi hari ini jadi penjaja pula.” Bisik hati Nasir. Perasaannya mula cemas apabila pelanggan pertamanya mendekatinya sambil bertanya, “Dik, baju kemeja ini berapa? Macam cantik saja.” Nasir tercungap-cungap tapi masih tidak dapat mengeluarkan sebarang perkataan. “Kalau size 24 ada?” Tanya pelanggan itu lagi. Nasir berdebar lagi, malah lebih laju daripada degupan jantungnya pada soalan pertama. Hari itu diselamatkan oleh kawanya, Farhan, yang agak peramah dengan pelanggan “ RM 10, Pakcik, harini kami ada buat ‘discount’.” Pak Cik yang berbangsa Bangladesh itu tersenyum melihat karenah kami yang bertungkus-lumus 

mendapatkan pelanggan walau dengan apa cari sekalipun. Halim yang sudah tidak kenal erti malu dengan semangatnya ke tengah pasar menjerit, “YANG JAUH MAI DEKAT, YANG DEKAT MAI RAPAT, YANG RAPAT MAI ERAT!!!” Semasa itu, kesemua peserta bersungguh-sungguh untuk melariskan jualan.  Beberapa minit kemudian, Pakcik Harun tiba dengan empat ekor arnab. Nasir disuruh oleh Zaki untuk mencari kotak untuk meletakkan arnab. Nasir meneruskan pengembaraan mencari kotak. Nasir dan dua orang lagi rakannya pergi mencari kotak di kedai-kedai di tepi jalan. Kedai pertama dikunjungi ialah kedai baju. Sampai sahaja Nasir ke kedai itu, Nasir bertanya dengan penuh adab kepada penjaga kedai makan tersebut, “Di sini ada kotak lebih tak?” Penjaga kedai itu berkata , “Tidak ada la dik, cuba dik tanya pada tuan milik kedai di belakang sana.” Nasir pun pergi berjumpa dengan tuan milik kedai itu, sekali lagi Nasir bertanya dengan penuh adab dan etika, “Pakcik, di sini ada kotak lebih ka?”

 Tuan milik kedai itupun berkata, “KEPALA HOTAK KAU!” Nasir terkesima. Dia pun dengan muka ‘steady’ mengucapkan terima kasih kepada tuan milik kedai itu. Dengan tangan kosong dan hati yang hampa, Nasir pun bermonolog, “Kau ingat aku nak sangat ke?” Nasir meneruskan perjuangan mencari kotak dan Nasir mencuba nasib yang terakhir. Dia memberhentikan langkah kakinya di hadapan kedai buah-buahan dengan harapan untuk membawa pulang kotak. Nasir dengan hati yang membuak bertanya kepada penjaga kedai buah-buahan tersebut. “Di sini ada kotak ka?” tanya Nasir dengan penuh harapan. Penjaga kedai tersebut menyuruh Nasir untuk tunggu sebentar di hadapan. Beberapa saat kemudian, penjaga kedai tersebut datang dengan membawa sebuah kotak. Ketika itu, Nasir seperti berada di awan. Dengan hati yang lega dan gembira, Nasir kembali ke gerai jualan. Semasa itu, semua peserta bising dan lantang bersuara kerana ingin menarik pelanggan. Diny, Hassan dan Helmi bertutur dalam Bahasa Cina untuk menarik pelanggan bangsa Cina. Ramai juga pelangga berbangsa Cina datang berkunjung ke gerai jualan D’Impian. Walaupun banyak gerai yang mula mengemas, mereka masih lagi aktif bekerja. Dua ekor arnab yang sangat comel dan gebu berjaya dijual untuk RM50 dan dibeli oleh pelanggan berbangsa India. Kesemua peserta agak bangga kerana ramai orang yang datang dari berlainan bangsa mengunjungi gerai jualan D’Impian. Akhirnya semua barangan habis dijual.

Hari sudah menjelang senja, Coach memberi isyarat bahawa gerai harus ditutup dan barang-barang lebihan jualan harus diperkemas dan dibawa balik semula ke D’impian resort. Kelihatan wajah-wajah mereka yang sudah kepenatan tetapi sangat berpuas hati dengan barang yang dijual. Sungguh, pengalaman yang sebegini tidak akan mudah diperoleh oleh sesiapa melainkan orang yang bertuah sahaja yang akan dapat merasai pengalaman seperti ini. Setibanya sampai di ‘rumah’, semua peserta program pun bersiap-siap untuk membersihkan diri serta menunaikan solat Maghrib. Pada pukul 8.30 malam  semua turun ke kantin untuk menjamu selera. Mak telah menghidangkan sambal udang dan masak lemak sayur beserta ikan masin bulu ayam. Enak sungguh masakan yang dihidang oleh mak sehingga tinggal beberapa ketul ekor udang sahaja. Kelihatan, Syaf & Amani merupakan orang yang paling lambat turun ke dewan makan. Mereka berdua bagaikan isi dengan kuku. Dimana sahaja Syaf berada mesti akan ada Amani disisi. Syaf kelihatan tidak sabar-sabar untuk menikmati sambal udang tersebut kerana ianya merupakan makanan kegemarannya. “Eh, kenapa sambal udang tinggal sikit je ni? Sedihnya.” kata Syaf yang agak kecewa pada Amani. Untuk menyedapkan hati, Syaf pun bermonolog sendirian “Alah, bedal sajalah labu.. asalkan dapat merasa sambal udang ni!” Mereka semua pun menjamu selera dengan lahapnya.

Setelah selesai menjamu selera, mereka semua bergegas menuju ke dewan untuk menyambung kelas yang seterusnya. Mereka telah berbincang tentang jualan yang telah diadakan di pasar malam petang tadi.  Hasil jualan yang diperoleh sangat memberansangkan, dengan kekuatan seramai 25 orang dalam satu pasukan mereka be telah berjaya memperolehi pulangan jualan sebanyak RM800. Sebenarnya, Coach tidak menyangkakan bahawa peserta program ini akan mendapat untung sebanyak itu. Terpancar cahaya kegembiraan pada raut wajah beliau yang agak comel itu. Coach mula bertanya kepada peserta tentang pengalaman masing-masing. Maryam dipanggil untuk ke hadapan untuk memberitahu tentang pulangan jualan dan kesemua peserta gembira dengan berita baik itu. Selepas daripada itu, semua orang dipanggil untuk berkongsi pengalaman. Hayati menceritakan tentang kepenatan yang dia hadapi kerana dia berkata senyum baginya amat susah tetapi demi melariskan jualan, Hayati sanggup senyum sampai ke telinga walau kepenatan dia tidak dapat digambarkan. Semua orang gelak terbahak-bahak mendengar Hayati mengatakan bahwa senyum itu memenatkan dirinya. Tiba giliran Nasir pula untuk menceritakan pengalamannya, dia menceritakan kisahnya dalam mengembara mencari kotak. Ceritanya yang lucu menyebabkan semua orang terhibur, walaupun penat hati gembira.
Selesa sahaja kelas, semua peserta ke kantin untuk ‘supper’ dan semua kembali ke dorm untuk tidur. 



Bab 4

Pagi yang penuh dengan keceriaan setiap bibit-bibit muka peserta kem YEAP. Apa tidaknya,peserta kem YEAP semakin dapat mewujudkan keserasian antara satu sama lain.Sebelum memulakan program YEAP, kami dijuadahkan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh makcik dan pakcik kantin yang dikenali sebagai mak dan ayah. Masakan mak dan ayah sangat sedap dan menyelerakan.Pagi yang penuh dengan keindahan suara peserta bersembang antara satu sama lain. “Aku rasakan selama aku ikut program ini banyak aku nampak tentang dunia bisnes and aku nak plan buat cara bisnes la lepas ni”kata Farhan “a’ah,banyak benda jugak la aku dapat ,bagus la program ni,aku tak sangka dapat ikut flow program,” kata Akmal. Semua ketawa riang dan tak sabar untuk menantikan setiap program yang kami akan sertai.

Setelah kami sarapan pagi, kami berbondong-bondong pergi ke dewan bersama-sama peserta yang lain. Semasa dalam perjalanan pergi ke dewan ‘aku minat la dengan sorang budak perempuan ni’kata Eqram.’haha sapa la orang yang kau minat tu Eqram,sape orang yang bertuah tu?tanya adham kepada Eqram.’ada la orang ye,hahahahah’jawab Eqram dengan hati yang bergelora untuk bercakap dengan orang bertuah itu. Bagi kami semua itu sudah menjadi lumrah kehidupan seorang jiwa remaja yang masih mentah lagi. Sesudah kami sampai ke dalam dewan,seorang peserta lelaki yang penuh dengan masalah yang dihadapi oleh beliau, peserta ini bercita-cita untuk menjadi seorang motivator yang terkenal dan ingin mencapai RM1juta dalam masa setahun iaitu dikenali sebagai Zack. Zack merancang program yang akan diadakan pada hari sabtu ini iaitu Karnival Usahawan Mega. Beliau mencadangan tajuk besar kami  iaitu Misi Jutawan Remaja. Kami bersetuju dengan meletakkan sasaran kami adalah RM30,000.00 hasil perbincangan kami semua.

Sebelum kami berbincang tentang projek yang diadakan,kami semua telah menyanyikan sebuah lagu bertajuk Gemuruh Jiwa sambil melakukan gerakan semangat yang diajar oleh Zack. Tujuan kami menyanyikan lagu tersebut adalah untuk melahirkan semangat yang tinggi sebelum memulakan perbincangan projek kami.’saya nak u all’s semua buat betul-betul dan tengok gerak-geri saya’.kata Zack kepada rakan peserta yang lain. Setelah kami buat percubaan yang pertama Zack meminta semua peserta mengulangi kali kedua. ’Hassan,kau sebagai pengarah dalam projek ni saya nak mintak Hassan tolong tengok kalau-kalau sesiapa tak buat betul-betul’kata Zack. Ternyata tanggapan negatif itu dapat disangkal oleh kami semua.

Dalam perbincangan  tersebut membahagikan 3 skop bahagian iaitu Karnival Usahawan Mega, Misi Kembara Impian dan pelancaran e-book (MJR). Dalam skop kecil Karnival Usahawan Mega kami telah mencadangkan aktiviti yang menarik seperti Car Wash (RM5), Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur. Pengunjung yang datang ke karnival kami, mereka boleh menyumbangkan seperti baju,barang terpakai atau sumbangan duit.Selain itu,Perkongsian Jutawan yang disampaaikan oleh Dr.Baharuddin Mohamed.  Beliau berpendapat bahawa tahun 2014 adalah tahun yang paling mencabar kerana tahun 2014 tahun ‘kehilangan’.Kehilangan bermaksud kejatuhan syarikat gergasi penerbangan Malaysia iatu MasAirlines MH370,syarikat penerbangan Australia dan sebagainya yang terjadi dalam tahun 2014.’tahun ini lah iaitu tahun 2015 adalah tahun kebangkitan selepas jatuhnya sesuatu syarikat itu dan mereka ini perlu bertahan sepanjang proses pembangunan semula agar dapat mengembalikan mutu dan kualiti dalam masa akan datang’ kata coach bahar kepada para peserta.Cabutan bertuah juga akan diadakan untuk menarik perhatian masyarakat setempat untuk menghadirkan diri dalam program ini.

Seterusnya,skop kecil Misi Kembara Impian akan diadakan jam 8.00pagi hingga  1.00petang.Dalam program ini kami akan menjemput sekolah daripada mahad tahfiz secara percuma tetapi para pelajar selain daripada mahad tahfiz kami akan mengenakan bayaran kepada mereka RM30.Akhir sekali, skop kecil bagi e-book (MJR) bertujuan untuk berkongsi cerita dan pengalaman kami selain dapat memasarkan produk kami ini kepada masyarakat setempat.Perancangan kami ini akan berjalan selepas perbincangan selain kami menubuhkan kumpulan-kumpulan dalam skop kecil bagi memudahkan kelancaran program sehingga waktu Karnival Usahawan Mega.

‘dalam dunia bisnes ni kan .hello-hello!’ kata coach bahar.’yes-yes’ jawab para peserta.sambung kembali kata-kata coach bahar’dalam dunia bisnes ni kan ,kalau kamu ingin menjadi seorang jutawan ,kamu mestilah mengurangkan tekanan apabila suatu tahap dicapai denagan meluangkan masa untuk ‘makan angin’ , meluangkan masa untuk mengurangkan tekanan kerana cara ini dapat meningkatkan mutu dan kualiti bisnes kita pada masa akan datang’ Nasihat coach bahar kepada para pelajarnya.Rezeki para peserta yang mengikuti program ini sangat-sangat tidak disangka oleh mereka semua.’baiklah para peserta semua petang ini saya akan bawa kamu semua ke tempat  Kem 2 saya iaitu D’impian Country Resort’kata Coach bahar. Yeahhhhhhhhh,sahut para peserta yang masih ternanti nanti apa yang akan terjadi semasa disana.

Kami pergi ke D’impian Country Resort dengan menaiki kenderaan 4roda berjumlah 5 buah kereta .Nasib menyebelahi kami kerana ada dikalangan peserta kami yang sudah mempunyai lessen memandu.Perkara yang paling malang adalah kami berhimpit-himpit sehingga punggung kami sakit akibat terhentak pada jalan raya yang tidak rata.Ini bukan salah kami tetapi salah para pengguna tetap yang tinggal di situ kerana kami semua bukan datang daripada kawasan Parit Kassim.

Apa pun ,kami sangat gembira kerana dapat pengalaman ini .Setiba di sana kami terpegun dan terperanjat akan sebuah rumah yang besar di hadapan kami. Jiwa kami seolah-olah mendapat suntikan semangat untuk menjadi seorang jutawan . Selepas kelekaan kami terarah kepada sebuah rumah yang sangat besar ,’okay pserta kita tangkap ayam and sembelih ayam sama-sama,lepastu kita buat BBQ malam ni’. Kata coach bahar. Kelekaan kami berubah kepada kata-kata coach bahar dan kami semua bergerak ke tempat reban ayam di hujung belakang rumah yang sangat besar.Cik Umar ,panggilan cik seperti orang yang belum berkahwin tapi itu hakikatnya panggilan cik Umar telah diperkenalkan oleh Coach bahar sendiri.’Saya memperkenalkan pekebun dan penternak haiwan disini iaitu cik Umar ,Cik Umar telah bekerja disini sangat lama dan beliau sangat berpengalaman tentang selok-belok penternakan ayam. Cik Umar sendiri akan mengajar kita tentang cara-cara menyembelih ayam yang betul.’ Kata Coach bahar. Selepas coach bahar memperkenalkan cik umar kepada kami .’Hhhhhhhai cik Umar’jawab para peserta YEAP.Antara peserta yang mencuba nasib dalam penyemembelih  ayam ialah Halim,Akmal ,Farhan,Adham. Pengalaman pertama kali menyembelih ayam sangat menyeronokkan dan akan kami semua akan memperaktikkan sendiri di rumah.

Selepas kami menyembelih ayam,cik Umar membawa kami semua memperkenalkan pokok herba yang ada berhampiran temapat tinggal cik Umar.Sebelum cik Umar bersetuju untuk bekerja dengan coach bahar,cik umar telah ditawarkan rumah berhampiran rumah banglo yang besar itu bertujuan untuk menjaga kebun,penternakan haiwan dan menjaga kebersihan kawasan tersebut.Sebelum kami bercerita lebih jauh lagi,kami memperkenalkan latar belakang cik umar. Cik Umar pada awalnya tinggal di daerah muar dan selepas itu beliau bekerja dengan coach bahar ,cik umar juga mempunyai 2 orang anak perempuan.Lebih membanggakan kami pendidikan anak-anak mereka tidak diabaikan buktinya anak pertama beliau menjawat jawatan sebagai doctor dan anak kedua bekerja sebagai seorang guru.


Bab 5
Seperti rutin biasa harian kami di sini, kelas bermula pada masa biasa iaitu pada jam 8.30 pagi. Dalam kelas hari itu, kami belajar tentang marketing. Coach Bahar menceritakan tentang pengalamannya dalam marketing dan memberi beberapa tips bagaimana mahu membuat perniagaan marketing.

Tapi dengan cara yang berlainan dari pengajar lain, coach Bahar menggunakan kaedah “marketing revolution”. Di awal pembelajaran itu, coach member beberapa cara untuk menjayakan kaedah tersebut seperti :-
-        “lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat”
-        Kena membuat kempen yang betul
-        Targeting yang betul

Coach Bahar juga menggunakan teknik menceritakan kisah benar yang pernah berlaku dan memberi nasihat agar tidak ‘mengejutkan gergasi’. Contohnya :-

kemunculan zaiton sebagai ubat gigi muslim yang pertama dipasarkan dan membuat iklan di serata nagara. Disebabkan hadirnya sebuah jenama baru yang akan mengugat perniagaanya, membuatkan colgate berasa terancam dan merasakan zaiton akan membuat pasarannya rugi. Selepas itu, colgate membuat keputusan untuk bekerjasama dengan zaiton untuk menyelamatkan syarikat mereka. Kerjasama mereka dibahagikan dengan zaiton mengambil alih production syarikat manakala marketing dipegang colgate yang tidak diketahui oleh zaiton adalah hanya untuk menjerat mereka



Bab  6
Selepas malam yang memenatkan kerana kesibukan kami untuk menjayakan karnival yang akan diadakan pada 10/1/2015, kami bangun sedikit lewat tetapi sempat untuk bangun menunaikan solat fardhu subuh. Kerana kami kepenatan, coach Bahar membuat keputusan untuk memulakan kelas agak lewat pada jam 9.00 pagi. Sebelum kelas bermula, kami bersarapan dan selepas itu berkumpul di dalam dewan dan sambung berbincang tentang Karnival Usahawan Mega 2015 yang akan diadakan itu.
Dalam kelas pada hari itu, kami belajar tentang business online ataupun bisnes di layar siber. Coach Bahar menceritakan pengalamannya menjual barang dalam internet dan kami mendapat inspirasi dan terus semangat kami naik mendadak mahu menjual dalam internet seperti coach Bahar. Ada beberapa peserta di seminar ini seperti Azamuddin,Zata dan Mariam menceritakan pengalaman mereka dalam jualan di dalam internet. Terdapat beberapa nasihat yang diberi oleh coach Bahar. Antaranya ialah
“Business mesti rugi tapi mesti untung”
“Kalau business untung,kita untung duit.Kalau business tak untung,kita sedekah, kita untung pahala”
 Kelas itu berakhir pada jam 12.30 dan kami berehat sebentar untuk makan tengahari. Selepas menunaikan solat fardhu zohor, kami berkumpul semula di dewan untuk membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada petang itu. Aktiviti kami adalah mengedarkan pamflet. Kami menubuhkan beberapa kumpulan, kumpulan A harus pergi ke masjid dan surau. Kumpulan B pula pergi ke kedai. Kumpulan C pula pergi rumah ke rumah dan akhir sekali, kumpulan D harus pergi ke madrasah dan pusat tusyen. Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai tetapi itu tak bermakna kami akan berhenti. Aktiviti pengedaran itu bersambung pada esok harinya.
Pada malam itu, aktiviti seterusnya adalah belajar tentang penomboran dengan Ustaz Nizar. Pada mulanya kami tidak menyangka yang nombor-nombor tersebut mempunyai makna-makna tersendiri dan mempunyai ciri-ciri personaliti kami. Kami menggunakan tarikh lahir masing-masing untuk mengetahui nombor personaliti kami.


Bab 7


               Peserta bangun sedikit lewat seperti kebiasaan. Jarum jam menunjukkan tepat di atas angka 7. Amir yang sedar daripada tidur tersentak apabila melihat cahaya matahari yang memancar masuk ke dalam ruang kediaman penginapan mereka. Sejurus itu Amir bergegas mengejutkan peserta-peserta lelaki yang lain dengan cara ‘bed to bed’. Amir seperti ahli nujum sudah mengetahui perangai Hasan dan adiknya Nasir yang begitu liat untuk bangun pagi. Setelah dikejutkan oleh Amir, peserta lain berpusu-pusu lari ke arah tempat mengambil wudhu’ sebagai persediaan solat fardhu Subuh. Halim menjadi imam kepada peserta yang lain pada pagi itu.
               Sarapan pagi yang disediakan oleh mak sungguh lazat sehingga salah seorang peserta, Mat menjilat kesemua jari-jarinya. Mat tidak menghiraukan sindiran yang dibuat Rusly kerana menganggap ianya satu gurauan. Menu sarapan pagi yang dijamah oleh para peserta ialah nasi goreng kampung. Maryam, peserta perempuan yang sangat comel memuji kelazatan hidangan sarapan pagi yang dimasak oleh mak.
               Setelah selesai sarapan pagi, para peserta masuk ke dalam dewan untuk memulakan sesi pembelajaran pada jam 9 pagi. Coach Bahar memulakan pembelajaran dengan ucapan ‘bismillah...’. Tajuk utama yang ingin disampaikan oleh coach Bahar kepada peserta-peserta yang dicintainya ialah ‘Business Model Canvas’atau lebih dikenali sebagai BMC. BMC merupakan salah satu teknik perniagaan yang berkesan yang digunakan oleh coach Bahar. Hajat coach ingin berkongsi ilmu tentang BMC tersekat di pertengahan jalan kerana terdengar enjin lori berkuasa tinggi. Deria telinga coach begitu tajam mengesan bunyi lori yang berada 100 meter jauhnya daripada dewan.
               Lori 3 tan itu membawa muatan 5 biji rangka kanopi yang akan dipasang oleh peserta lelaki. Coach menyuruh semua peserta lelaki untuk keluar membantu memasang kanopi.
               Coach mengarah Maryam dan Zata untuk membantu menjual ‘handbag’ secara online. Kurang daripada 1 jam, Zata telah berjaya menjual 4 buah ‘handbag’. 
               Selesai  sahaja memasang kanopi, kesemua peserta yang membuat kerja kelihatan penat dan lesu. Coach Bahar mempelawa para peserta untuk berhenti daripada melakukan kerja. Kesemua peserta pun berpusu-pusu untuk ke kantin dan menjamah makanan.
               Dalam pukul 11.30 pagi, Coach Bahar menyeru peserta untuk ke dewan bagi menyambung lagi sesi pembelajaran. Pada kali ini, topik yang ingin dikupas lebih menarik iaitu ‘Marketing Revolution’. Coach mula memberi tips untuk melonjakkan ‘Business Marketing’ dengan cara yang pantas. Coach juga meminta pandangan dan perkongsian daripada para peserta. Diny yang mempunyai bisnes ‘dropshipping’ di Instagram mula membuat perkongsian tentang bisnes yang beliau kongsi bersama rakannya. Diny berkata bahawa bisnes sebegini juga boleh membawa banyak untung bersih. Zata menyambung sesi perkongsian bisnes ‘online marketing’ tentang perniagaan tudung yang beliau lakukan juga di Instagram. Sedang peserta lelaki asyik melihat wajah Zata yang mempesona, Coach Bahar memanggil Maryam untuk berkongsi tentang idea ‘business online’ beliau. Maryam berkongsi tentang menjana duit menggunakan ‘YouTube’ dan ‘Blogger’. Azam menunjukkan minat yang mendalam tentang ‘business online’. Beliau sering menanyakan soalan kerana beliau minat untuk membuat bisnes online.
               Kira-kira dalam pukul 2 lebih, semua peserta bersurai untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Mereka dihidangkan nasi berlaukkan ayam goreng dan sayur kailan. Selepas itu, para peserta menuju ke arah dewan untuk sesuatu yang baru daripada coach untuk dibincangkan. Coach menceritakan tentang bekas peserta programnya yang dahulunya seorang yang dibuang negeri mencari arah tuju hidup. Namanya Zul. Beliau pada asalnya merupakan seorang budak yang nakal dan banyak karenah. Gara-gara terpengaruh dengan budaya kuning, beliau terjebak dalam melakukan  aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti pecah rumah, merompak dan sebagainya. Akhirnya, beliau  diberkas oleh pihak polis dan disabit kesalahan jenayahnya. Beliau terpaksa dibuang daerah pada umur 18 tahun. Beliau diberi waktu parol 100 jam maksimum. Sepanjang tempoh tersebut, beliau berniaga. Pada suatu hari,
               Setelah selesai sesi pembelajaran, tepat pukul 4.30 p.m. Coach Bahar mengajak para peserta untuk membantu mengedarkan ‘flyers’ tentang Hari Karnival Usahawan Mega 2015 dan Program Motivasi Misi Kembara Impian di beberapa tempat seperti madrasah, masjid, kedai  makan, rumah- rumah dan banyak lagi tempat. Pengunjung yang disasarkan untuk datang ke Karnival tersebut berada dalam lingkungan dua ribu hingga tiga ribu orang. Peserta-peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kereta. Kumpulan A yang diketuai oleh Zack pergi membuat promosi dan mengedar ‘flyers’ di masjid dan surau. Kumpulan B pula pergi ke kedai-kedai yang berada di sekitar daerah Muar. Manakala kumpulan C pergi ke rumah-rumah yang berhampiran dengan D’Impian Resort & Training Centre. Kereta kumpulan D yang dipandu oleh Zaki menuju ke destinasi yang ditetapkan iaitu madrasah, sekolah tahfiz dan pusat tuisyen.
               Mereka semua selesai menjalankan tugas yang diberi dan selamat sampai ke perkarangan D’Impian Resort & Training Centre yang peserta sudah menganggap sebagai rumah mereka sendiri.
               Sesudah mereka selesai menunaikan solat Maghrib, mereka berkumpul di kantin bersama untuk menjamah makan malam yang sedap. Menu masakan Mak selalu menepati citarasa peserta-peserta termasuklah Zata dan Maryam yang perangai mereka sangat memilih makanan.
                                                                                                 


Bab 8


               Kokokan ayam di D’Impian Resort & Training Centre memecahkan keheningan syahdu di pagi hari. Zaki yang bangun seawal jam 5 pagi mengejutkan rakan-rakannya yang lain. Ada di antara peserta yang bertungkus-lumus menyiapkan eBook yang akan dijual 2 hari selepas itu. Farhan, Akmal dan Aliff antara peserta yang tidur lewat pada jam 4 pagi dan tidak pernah mengenal erti penat lelah. Mereka bertiga juga di antara peserta yang bangun awal bersama Zaki untuk menyiapkan eBook. Maryam yang diberi tugas melaksanakan eBook dengan jayanya terpaksa membuat eBook tersebut seorang diri kerana Zaki meminta pertolongan mereka bertiga untuk memasang ‘banner’ berkaitan Karnival Usahawan Mega dan projek Misi Kembara Impian di masjid yang terletak di pekan Parit Jawa. Setibanya di masjid, mereka mula memasang kedua-dua ‘banner’ di setiap pintu masuk masjid. Selepas itu, mereka berempat pulang ke D’Impian Resort untuk menyertai peserta-peserta yang lain memulakan kelas usahawan muda pada hari ke-8 program itu berlangsung.
               Seperti kebiasaannya, Coach Bahar berkata, “hello-hello”. Sepantas kilat para peserta mengeluarkan suara yang padu setinggi “YES YES!!” Coach kelihatan sangat gembira untuk kelas baru pada hari yang baru. Coach memberitahu bahawa beliau telah menjemput seorang tetamu istimewa iaitu bekas pelajarnya semasa beliau mengajar di Universiti. Kami diperkenalkan dengan Kak Emy. Kak Emy dengan senyuman yang menawan yang tampak dengan dengan gayanya yang ‘sempoi’ membuatkan semua orang yang memandang berasa selesa dengannya. Kak Emy mula memperkenalkan diri dan menceritakan pengalamannya daripada permulaan bisnesnya hingga kini. Kak Emy memberi banyak nasihat dan inspirasi kepada kami. Antara nasihat yang diberi adalah:-
i.                 Kita memerlukan kejujuran, ketepasan masa dan buat solat sunat dhuha
ii.                Selawat, membaca ayat kursi dan memperbanyakkan sedekah.
iii.               Harus meningkatkan usaha dan kurangkan masa tidur
iv.               Apabila kita di universiti, kita perlu memperkuatkan hubungan kita dengan lecturer kita.
v.                Sedekahkan al-fatihah kepada lecturer.
vi.               Harus pandai memilih kawan kerana kawan itu akan mengubah cara kita.
Peserta yang kelihatan paling terpegun dengan kejayaan dan jalan cerita kisah hidup Kak Emy ialah Azamuddin. Azamuddin yang tidak mampu menahan dirinya lagi menyebabkan beliau menanyakan soalan yang bertalu talu kepada kak emy. Maryam, Zata, Diny yang berada di barisan belakang sudah tidak mampu menahan kelopak mata mereka yang makin layu itu. Dalam keadaan sebegitu, Diny mampu lagi bertanya kepada Maryam, “Maryam, awak mengantuk tak?” Dengan lesu Maryam mengiakan soalan Diny. Lalu tanpa disangka, Diny memukul belakang Maryam dengan kuat hinggakan terdapat kesan merah dan panas akibat pukulan yang diberi oleh Diny yang nakal perwatakannya. Zata pula yang sudah bosan dan mengantuk mencuit pinggang Maryam. Maryam berfikir kepada dirinya sendiri, “Kenapa la harini semua orang nak kenakan aku? Tak faham la, semua orang mengantuk jugak kan.” Maryam menghantar pesanan menggunakan WhatsApp kepada Zata. Zata membalas Maryam dengan “Buat la kotak.” Maryam membuat kotak dan mengisi kotak tersebut dengan keratan emoji.
               Semua peserta asyik mendengar kisah Kak Emy dan mereka sempat bergambar bersama Kak Emy. Selepas daripada itu, semua peserta mula bersurai untuk menyambung kerja menyiapkan persediaan menjelang Karnival Hari Usahawan Mega pada hari Sabtu. Maryam, Akmal, Aliff dan Farhan sibuk menyiapkan eBook yang akan dijual pada keesokan harinya. Zata yang ditemani Eqram sibuk membalut beg tangan untuk diposkan ke rumah pelanggan yang membeli beg tangan tersebut. Semua orang sibuk membuat kerja sampaikan Hassan bertukar dari mood ‘goofy’ kepada ‘serious’. Melihat Hassan yang serius, semua orang mula membuat kerja dengan serius.
               Tepat pada jam 12.30 tengahari, Coach Bahar mula memanggil peserta lelaki untuk berkumpul bagi tugasan mengedar ‘flyers’ pada pengunjung masjid selepas Solat Jumaat. Beberapa kumpulan dibahagi untuk pergi ke beberapa masjid. Terdapat 3 kumpulan yang dibahagikan, setiap kumpulan perlu pergi ke masjid yang diaturkan dan perlu berjumpa dengan pengurus masjid untuk mempromosikan karnival itu. Selepas solat jumaat, mereka harus mengedarkan flyers kepada jemaah jemaah masjid.
             Selepas semua kumpulan selesaikan tugas yang diberi, mereka kembali pulang ke D’impian resort and training centre untuk menjamu makan tengahari. Dengan hanya tinggal sehari saja lagi untuk berlangsung Karnival Keusahawanan Mega 2015, peserta-peserta tidak berehat tetapi meneruskan usaha mereka untuk menyiapkan karnival. Zaki, Noh, Adham dan Amir menguruskan peralatan ‘PA system’ sebagai persediaan hari esok. Manakala Maryam, Akmal, Aliff dan Farhan masih sibuk menyiapkan jurnal. Tiba-tiba, Halim masuk ke dalam bilik di mana mereka berempat berada dan diikuti Hilmi. Halim dan Hilmi membantu mereka serba sedikit tentang jurnal dengan menceritakan pengalaman semasa berada di D’Impian Country Resort & Training Centre. Kemudian, Rusly datang menyertai ‘group’ lawak yang diketuai oleh Helmi. Mereka menceriakan suasana dengan lawak mereka sehingga semua orang gelak tanpa henti. Selepas kami bergelak ketawa menghiburkan hati ini,tiba-tiba ‘eh sapa yang take keje tolong aku kejap’tanya zaki dengan nada yang sangat kecewa dan sedih. Peserta YEAP yang tidak kaitan tentang usaha untuk menyiapkan e-book menolong zaki.Keadaan kembali tenang dan pada keadaan normal.Usaha untuk menyiapkan e-book semakin penghujungnya,kumpulan e-book sangat gembira akan situasi ini dan berusaha dengan lebih kuat untuk menyiapkan e-book.
Suasana yang tenang menjadi suram ,apa tidak nya ‘wei korang keluar sekejap dari bilik ni,coach bahar nak jumpa’ suruh eqram kepada kumpulan e-book.Bukan sahaja kumpulan e-book yang dipanggil oleh coach bahar malah semua orang dipanggilnya.Hati setiap  peserta YEAP seakan-akan seperti ada suatu perkara yang terjadi dalam peserta .Para peserta YEAP berbondong-bondong pergi ketempat Coach bahar.Sesudah para peserta tiba di tempat Coach bahar ,kami melihat bait-bait muka coach seperti tidak seperti biasa yang sentiasa senyum setiap masa dengan ditemani oleh ustaz Nizar yang banyak membantu kami dalam berkongsi banyak ilmu berkaitan bisnes selain ustaz Nizar. Peserta kem YEAP terkejut apabila raut wajah seorang selebriti Iaitu Dr. Baharuddin mohamed berubah menjadi serius . ‘jika kamu tidak sentiasa berfikiran positif



No comments:

Post a Comment